aku baru faham kenapa hujan lebat semalam

celaka sungguh denan sangkut, denan cakap semua isu isu dah diselesaikan. di melaka SAMB bertungkus lumus siang malam beri kepala paip, sambung paip yang kosong. di kerdau denan akhirnya terperangkap dalam hujan semalam. rupanya dikerdau, masalah bekalan air bersih tak pernah selesai, dan semakin teruk menjelang prk kerdau. dulu lori air jba pahang hantar air seminggu dua kali saja. sejak yb meninggal di kerdau. jba hantar air 3 kali sehari, tong besar gedabak di letakkan di depan rumah masing masing tanda protes masalah air yang tak pernah selesai sejak denan sangkut jadi mb. sekarang jba pahang hantar lori 3 kali sehari, penuh air dalam tangki, dimasjid pun penuh air, dulu nasib baik tak pakai tayamun je nak solat. sekarang air penuh je tangki rumah penduduk.

kat masjid pun air solat penuh je sekarang, hujan lebat semalam menambahkan lagi bekalan air lagi dikerdau, kalau tidak penduduk terpaksa pakai secetong air nak mandi. kalau begini teruknya bekalan air dipahang, denan perlu selesaikan air dalam masa 6 hari kalau tidak pengundi akan sangkut denan di tong besar depan rumah masing masing. denan yakin dan percaya dia mempunyai tongkat sihir, jba pahang akan dikerah siang malam hantar air, tak cukup dengan air lori, digali perigi dan ditimbakan agar penuh tong kosong depan rumah pengundi kerdau. kalau tong kosong tak penuh, kepala hotak denan akan dipenuhi dengan makian dari penduduk kerdau. peninglah kepala penasihat nanti dan penuhkan air dalam setiap tong kosong yang berada didepan dirumah dikerdau. kalau mb denan tak faham dan calon umno tak faham jugak jom serkup kepala mereka dengan tong tu. bagi mereka faham. apa yang umno buat sampai penduduk kerdau tak dapat bekalan air bersih.

dan semalam tuhan bagi hujan selebatnya selepas kering. drebar lori air jba pahang semalam boleh rilex sekejap kerana air dah banyak tuhan bagi kalau tidak tak kering peluh drebar hantar air aje kerjanya. selesaikanlah isu air denan woiiii, kalau tak hang pun hanyut macam tokai ditenang. denan sangkut tak tahu pun kerdau tak ada air, denan sangka semua beres, penasihat cakap semua beres doh, tak ada isu langsung nak kempen pas, atau pas tak cukup masa nak cakap semua isu, kerana terlampau banyak isu yang umno gagal penuhi kehendak rakyat kerdau. durjana sungguh penasihat. air minum pun dimain mainkan umno. kalau tak pandai perintah negeri turun aje sebelum dihalau keluar sebagaimana mubarak dan dimalaysia mung rabak. penasihat akan dipeningkan dengan masalah air, dan banyak lagi isu isu yang akan menyebabkan umno kerdau muntah darah.

Ulasan