TRICKY LEAKS - n5 tenang damai dalam hujan

provokasi umno tidak menjadi, tuhan telah turunkan hujan yang menyejukkan dunia tenang dari dicemari oleh manusia manusia durjana. puteri putera wanita umno lelaki umno tak dapat beraksi ala ala kaldai mengawan disini. pekikan dan sorakan tak berapa nak dengar sebab hujan masih turun. banyak sangat mereka melalak makin banyak air hujan masuk mulut dan tekak mereka. hanya mampu berpayung dan memerhati gerakan parti lawan. yang masih hangat adalah perjuangan yang belum terhenti. dun tenang bukan noktah perjuangan islam. muslimat pas masih terus memberikan saingan sengit. mereka memberikan satu tugas yang begitu bererti disini. aku menyanjungi semangat mereka. tanpa upah dan menghabiskan lagi duit dalam poket sendiri datang menggalas tugas berat dibahu mereka. mereka tinggalkan suami anak dan segalanya untuk datang bersama sama melawan umno dan para kaldai kaldainya.

2 jam setengah sudah berlalu, perlawanan sengit dijangka berterusan sampai kepetang. banjir pasti berlaku jika hujan berterusan. pasukan unit amal pas sudah bersiap sedia untuk menggalas tugas. pertugas pas mulai bersiap sedia untuk bergerak masuk ke kampung yang dilanda banjir. misi bertugas dan berkempen bertukar menjadi misi menyelamatkan nyawa. umno membawa misi menyelamatkan melayu, akhirnya bertukar misi menyelamat diri sendiri dari lemas dibumi tenang.calon pas disindir segan meranduk air tapi mereka sendiri segan dengan air. kawasan sekitar mulai digenangi air. apakah tenang akan banjir lagi dan makin lebat hujan. apakah ini tanda pas akan menangis kesedihan atau menangis kemenangan yang dianugerahkan. kalah atau memang kita tetap sambutnya. kalah atau menang ditenang lembu kerbau tetap dipotong.  dengar cerita lembu akan dipotong minggu depan ditenang tak kira kalah atau menang. kalau kalah seekor dipotong kalau menang 2 ekor sebab ramai yang datang meraikan kemenangan.

mood kesejukan terus melanda tenang. umno terpaku melihat fenomena hujan. ini dinamakan ku kira panas sampai kepetang, namun hujan sampai ke petang. edisi laporan terhad kerana kesukaran untuk bergerak dalam suasana hujan. kerosakan alat elektronik perlu dijaga kerana merlimau akan mendatang. balik ke kampung mencari rezeki mengisi mana yang kurang, tabung yng kosong perlu dipenuhkan kembali. selagi ada kudrat dan iradat melimau pula akan dijarah. melancong sambil bertugas menggunakan duit poket sendiri bukan duit poket rakyat. bawa anak sekali kalau berpeluang biar anak tahu ayah dia bersusah payah melawan regim umno. tidur berbantalkan lengan, dihurung nyamuk dan segala benda. anak mungkin akan mengerti susah payah ayah melawan gergasi. anak dibawa melancong tanpa kesenangan. aku akan mencari suasana yang lain pula, aku ke labis melihat persediaan terakhir spr melaksanakan proses pengundian ini. semoga islam tetap menang disini. islam pasti gemilang.

Ulasan