TRICKY LEAKS - menjawab ulasan tulahan

menunding jari menyalahkan pas kawasan labis adalah suatu perkara yang tidak adil bagi aku, mungkin tulahan menulis dari sudut lain dan aku menjawab dari sudut lain, semoga kita bersama memikul tugas untuk terus mempertahankan pas dari serangan apa jua makhluk perosak pas dan apa saja tentang islam. aku merasakan tidak adil menyalahkan seratus peratus kepada pas kawasan labis, aku hanya penampal poster parti pas dan mungkin aku bukan ajk dan bukan ydp kawasan dan bukan bendahari dan bukan setiausaha pas kawasan, aku hanya ahli dan jawatan penampal poster parti. dimana jua kita berada pas kawasan adalah satu benda yang pasti wujud sebagai ayah kepada anak anak iatu cawangan.

cawangan pas, bagi aku tak perlu banyak sangat cawangan, sebab apa, sebab cawangan akan menambah beban kepada kawasan, jika cawangan tidak membuat kerja kerja yang melibatkan perundangan penubuhan parti, pas kawasan akan menanggung beban tugas yang terpaksa dipikul oleh ajk kawasan atau setiausaha kerja kawasan, jika laporan mesyurat tahunan tidak dihantar kesannya akan merebak keseluruhan pas. bukan setakat labis hampir keseluruhan pas. bagi aku cawangan tak perlu banyak, ahli saja yang perlu ramai, dengan ahli yang ramai boleh melakukan apa saja tugas, tapi siapa yang sanggup melakukan kerja kerja begini, cawangan seratus pun belum tentu dapat menghantar pertugas untuk membuat kerja kerja parti. ahli parti perlu bertumpu di enam cawangan pun dah memadai, seluruh pelusuk kampung boleh dijelajah dengan adanya ahli parti yang bergiat cergas. cawangan banyak belum pasti menjamin kejayaan sesuatu parti. kalau cawangan banyak pun yang bergerak dari ahli kawasan apa gunanya ahli cawangan. dap tak ada banyak cawangan pun tapi mampu bertapak di merata tempat kerana mereka punya ahli yg sanggup mati kerana parti. ahli parti yang cergas dan sanggup memikul beban tugas adalah satu perkara yang amat sukar dicari.

pendaftaran pengundi, masalah utama adalah bergantung kepada kawasan juga dan juga ahli mana yang sanggup membuat kerja kerja ini. bagi aku pendaftaran pemilih memerlukan belanja yang besar, apakah kantung pas kawasan begitu tebal? tak pernah bocoq atau sentiasa kering bagai buyung yang retak dibawah. pendaftaran pemilih berhubung kait dengan masalah tuntutan dan bantahan, setiap kali pas buat bantahan apakah kantung wang pas tidak bocor jika tersalah buat bantahan. setiap bantahan akan disertakan dengan wang deposit sebanyak rm10, kalau bantah 100 orang sudah berapa, jika yang dibantah adalah penduduk yang ada disitu dan tidak dikenali katakan 40 orang tidak lekat bantahan dan spr akan memberikan denda kepada pembantah, biasa dalam sekitar 50 hingga 100 rm seorang kalau 40 orang tak lekat berapa pas kawasan kena keluarkan. dah hampir 4000 ribu kalau 50 dah 2000. bayangkan pas kawasan nak mencari wang sebanyak 2000. dari sumber mana pas nak mendapatkan wang sebanyak itu, bukan tak boleh tapi dimana dan dari siapa. betul rezeki dari allah tapi kalau kita tak berusaha apakah duit tu terjun dari langit masuk ke kantung pas kawasan. tanya pas dungun banyak mana ketua pembantah menghabiskan duitnya dalam usaha membantah kehadiran pengundi  celaka di dungun. mendaftar perlukan sumber kewangan apakah kita mengambil tahu semua itu. tak mungkin mintak derma seringgit bising berhari hari lebih lebih lagi dinegeri pas kuasai.

masalah kemasyarakatan dan kebajikan. pas kawasan boleh mengajurkan apa saja, sebut dan teori atau praktikal semua pas kawasan cuba buat. apakah kita ada sumber ekonomi yang kukuh. soal kebajikan, siapa yang terkena bala rumah terbakar, dilanda banjir, apakah pas cuma datang dah bersalam saja, bersabar lah awak ni dugaan allah. boleh kita bercakap begitu, tak mungkin, kita perlu hulur paling koman sepuluh dua, kalau 30 puluh buah rumah, tak ke kiok YB atau pas kawasan. bukan setakat banjir, anak bersunat, majlis perkahwinan, kebajikan masuk hospital, accident, tabung itu tabung ini, dimana pas kawasan nak mencarinya. kalau setakat solat jenazah tak ambik wang setakat itu sajalah pas mampu buat. kekangan ekonomi begitu mendesak. berapa peratus yang sanggup menginfak duit pendapatan bulanan secara tetap kepada pas, none kosong atas kertas saja yang tinggal. bulan pertama ada masuk 100 bulan kedua 50 bulan seterusnya kosong. bila ditanya tak cukup le anak nk sekolah, anak demam. penyokong dan ahli pas bukannya kaya hidup goyang kaki. datang ke prk atas belanja duit sendiri. berpakat pakat dengan member didalam surau, tuang minyak kereta, tayar kereta tak dikira dah.makan pakai, anak anak kat rumah itu pun perlukan makan minum.

aku faham kalau kita dimedan yang sama, tidur didalam masjid kena halau dengan umno. menumpang teduh disurau pun dihalau. nak tidur hotel alamak dapur tak berasap berbulan bulan. jangan menuduh pas kawasan mana mana sekalipun. aku yakin tulahan mesti tahu apa yang dihadapi dilapangan bila bertugas, kekangan ekonomi menjadi satu halangan konkrit yang amat kukuh. pas belum mampu menembusi kekangan ini. tenang kita lihat bagaimana rayuan dari pengarah pilihanraya dun tenang. cikgu mala bukan orang berada. yang pasti itulah calon yang sanggup menempuh badai keras menghujani rumahnya. selepas ini ada pertugas atau pemimpin pas ambik tahu apa akan jadi kepada cikgu normala dan keluarga untuk berhadapan dengan pengarah jpn markom yang terang menyokong umno. kalau tak dapat tanduk telinga pun markom akan pulas. kesempatan terbaik akan digunakan oleh markom. dan yang pasti umno dah mendapat pembalasan dari tuhan dengan banjir yang maha hebat.

aku menjawab sebab aku juga dilapangan. aku tidak menulis begini sebab aku faham sakitnya bersama pas. pasti orang bertanya kenapa pas kawasan lain boleh pas kawasan labis tak boleh. sama saja dimana pas kawasan. kecuali kawasan itu dihuni oleh golongan yang berduit dan mahu menderma dan menginfak duit mereka kejalan tuhan. derma bukan paksaan. dan yang pasti sila berteori dulu sebelum berpraktikal. maksudhnya cari jalan bagaimana nak meruntuhkan kekangan ekonomi ini. tak akan kita nak berniaga tshirt, jual tshirt pagoda. aku tak menyalahkan tulahan apa yang dia tulis benar dan berlaku. tapi kita kena faham situasi pas dulu. pas parti marhaen bukan parti qorun. pas parti derma, jika orang tak faham perjuangan pas pasti dia cakap pas parti mintak derma sahaja. duit bukan segalanya tapi duit yang mengerakkan segalanya. berapa kerat pemimpin pemuda yang sanggup terjun bila diarah ke prk, berapa yang sanggup guna duit dalam poket sendiri, biasanya akan menolak dan tolakan akan kena kepada yang sudah tua.

Ulasan