tricky leaks - malam sabtu malam pemberian

mewahlah malam ini buat penyanjung umno dan sekutu kutunya. aku baru balik dari meronda ronda selepas penat lelah melancarkan perang saikologi. diwaktu perang makin sengit, ada gak yang melontar berita yang tak menggembirakan. ada ke dia tulis sah sah umno menang. kalau blogger umno tak apalah, itu sifat umno tapi blogger yang dikatakan penyokong pakatan rakyat. datang sini le berjuang bersama sama. tak akan duduk depan pc lepas tu tulis berdasarkan pemerhatian. aku tak marah pun nak tulis hal kejujuran tapi masa berperang ni jangan tulis berita negatif begitu. tok guru nik aziz selalu cakap, masa berperang jangan kita undur walau selangkah kerana undur selangkah dari perjuangan ini pasti langkah kita akan menjadi lebih cepat kepada neraka. kita berperang dikubu parsi yang terkenal dengan kekebalan. kebal mana pun kubu itu kalau dah berusaha dan kalau dah ditakdirkan kita menang, kita hendaklah bersyukur. tewas tak bererti kita kalah diakhirat. yang bangang aje kata tak apa kalah asal islam menang. yg tok guru haji hadi kata kat belakang dia tak sambung celaka sungguh manusia ini. kalau memang islam tak punya kuasa nak buat apa, baca veda ke atau pakai ihram sama dengan sami pakai, sami pakai putih ke kelabuhitam.

malam ini sumber risikan sudah bersiap sedia untuk menahan asakan terakhir. asakan berbentuk berhala dunia. hantu dibalik pokok akan menjelma dan memberi apa saja asal sudi memangkah umno. berhala dunia sudah tiba petang tadi. senang je nak tahu sampai ke tak berhala dunia, kalau umno cakap dengan suara garau macam petir pasti berhala dunia dah masuk kampung dan dun tenang. kalau umno masih berkempen dengan suara ala bapuk belakang lorong mati pasti berhala dunia belum sampai atau sikit sangat tak masuk kedalam perut. sumber berita yang sangat dipercayai oleh aku, pengakuan orang umno, malam ini bateri dan minyak hitam akan baru itu tanda ada berhala dunia sudah sampai. kali ini berbelanja lebih besar wehhh. sebab calon cikgu mala begitu menarik perhatian dan mendapat sokongan 1 malaysia. najid dan majidin sangat susah hati, majidin sudah arah satu hantu raya bernama markom@hantukomkom untuk mengusik ketenangan cikgu mala dan suami. kali ini seribu satu undi dibeli untuk memenangkan mereka. beli selagi mampu wahai umno. kalau rakyat bangkit pasti umno lari terkencing kencing.

kalaulah semangat pengundi tenang dapat kontrol dan tidak berasa terhutang budi kerana menerima pemberian umno, pasti umno dah kecundang. dibimbangi pemberian berhala dunia menyebabkan pengundi tenang tak berapa nak tenang nak mengundi pas. umno pasti berhabis sakan kali ini. kalau tidak disekat ditenang akan merebak ke seluruh merlimau pula. ali rostam pasti tak lena jika prk tenang pas menang. sofiwahab paling gembira jika tenang ditakluki pas. sofiwahab balik melaka dan uruskan jentera penerangan untuk merlimau lebih awal. semangat tenang dibawa balik dan digunakan untuk merlimau. itulah yang sangat merisaukan umno melaka. umno johor rebah dalam baring umno melaka dikambus dalam kubur a famosa. apa jua cara umno mesti sekat pas dari menang di tenang. apa saja, by hook or by crook.

Ulasan