tenang mengungguli carta, mengundi dalam keadaan banjir menyerang. segala kerja kerja jahat umno habis libas air banjir. makin kesejukan dan makin tak tertahan. nampaknya masa dah makin kehabisan. perjuangan di tenang akan berakhir lima belas minit lagi. di labis, pas mendominasi dari segi perayu, gerak kerja dan mungkin diterjemahkan dalam kotak pengundi. umno cukup gerun melihat keadaan ini. terpaksa terpekik terlolong memanggil segala jenis jin dan mambang untuk membantu. umno tak laku dilabis walaupun dilelong. baju hujan payung juga laku di labis. talian umno tak dapat memanjangkan umur umno disini. segala perancangan menjadi kabur apabila hujan menyerang. semalam ada juga tanda tanda akan berhenti. sekarang bukan langit cerah tapi makin gelap.
ajaibnya tenang ialah cerah diwaktu penamaan calon, mendung semasa berkempen diakhiri banjirmelenyapkan segala kedurjanaan umno. umno tak mampu menahan asakan banjir. umno mampu melihat saja. aku seronok dilabis kerana umno dipukul habis. berada dikubu musuh melihat musuh tumbang satu demi satu. musuh tak yakin lagi dengan majoriti 5000 sebab peratus keluar mengundi amat menyesak dada. kemana lagi umno nak mencari lagi talian hayat. majidin yang gagah perkasa gagal menterjemahkan kekalutan dalam diri umno sendiri. umno gagal mengembalikan kenyakinan diri di kubu dan tempat lahirnya. pas makin tenang disini walaupun masih banyak berita palsu dan fitnah bertebaran. pemimpin pas hendaklah sabar dan jangan ikut sedap mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sesama sendiri. pastikan ia satu kerja sama yg erat.
umno sedang berusaha keras untuk memastikan prk ini ditangguhkan atau dibatalkan terus hari ini. peratus keluar mengundi yang sedikit mengoyahkan keyakinan mereka. kalau boleh ditangguhkan dulu bermakna umno mempunyai masa untuk mencari lagi talian hayat. denyut nadi umno makin kencang menjelang pukul 5 petang. bayangan ajal sudah beberapa kali menjelma. satu pengalaman menakutkan umno johor mulai bergerak laju masuk ke urat nadi umno johor. pas perlukan 35% undi melayu untuk pas selesa dihadapan. semoga pas memperolehi undi ini. masa makin habis hujan makin lebat. lepas ini akan bertolak ke pusat pengumpulan undi dan pengumuman rasmi. aku harap menerima berita gembira malam ini.
Ulasan
Catat Ulasan