TRICKY LEAKS - jelajah tenang malam ini

program jelajah tenang membawa misi mengagalkan rancangan menghantar tentera berhala ke saku pengundi malam ini akan berjalan lancar. jika hujan berterusan maka rancangan qorun juga akan gagal. bermakna malam ini selamat pengundi tenang dari dikacau oleh makhluk perosak. projek menghantar tentera berhala ke felda felda dan kawasan melayu sudah dirancang. markom@hantukomkom  turun semalam menyiasat. kalah csi, kalaulah csi ada dimalaysia pasti markom akan diambil bertugas sebagai pengerusinya. kecekapan, ketepatan dan juga tidak suka membuang masa akan menyebab sesuatu kes akan selesai dengan cepat. umno ni boleh kuda siapa saja yang dia nak hatta timb.presiden umno pun dia kudakan. presiden parti porno pun boleh digunakan. selepas memalukan pelakon porno umno ambik kembali untuk buat kuda hitam.

berjaga jaga dimalam akhir adalah suatu kewajipan kalau tidak esok pasti pengundi akan memilih parti qorun  yang serba serbi ada. kandar dajjal dibawa bersama sama. kawasan felda pasti menjadi tumpuan kepada parti qorun. 3 felda akan dihujani tentera berhala malam ini. bank kehabisan note tadi dibank labis. untuk pengundi tenang ambik apa saja yang diberikan, pangkah tetap pas. tenang tak akan tenang malam ini. pertugas berkawal dan bersiap siaga. komunikasi antara markas dan pondok pondok hendaklah berlangsung dengan baik. maklumat pasti dapat diselaraskan. pengundi luar kawasan sudah mulai masuk ke felda. bersembunyi sehingga esok. kalau ditahan pasti dikatakan rombongan pelancong membuat kajian kedai kain disegamat.

pengundi yang sengaja diwujudkan oleh umno untuk memenangkan mereka selepas mereka mendapati mereka akan kalah di dun ini. ini dinamakan backup plan. rombongan pelancong buat tesis kedai kain segamat akan berkumandang. species markom halkum akan boleh mengundi esok hari. tak mustahil esok peratus pengundi yang keluar hampir mencapai 100%, species kimma pun boleh mengundi. dalam felda pun ada species chua porno. dalam rumah felda ada species ramayana.teknik ugut paksa akan berlangsung secara live dari dalam tenang. pelbagai janji akan ditabur malam ini sehingga dinihari. untuk pengundi tenang semua, jika terdengar 3 kutukan didepan pintu jangan dibuka pintu kerana bimbang ada yang menyamar ahli umno berkempen sebenarnya penyokong pas - itu kata umno tegar kepada umno tak berapa tegar. kalau ketukannya 5 kali baru buka pintu tahu. sebab 5 kali isyarat kaldai hantar barang khusus untuk pengundi. nak ketuk pintu pun kena tahu isyarat, kalau ketukan 1 kali pasti hantu komkom yang datang.

Ulasan