TRICKY LEAKS - hujan rahmat membasahi bumi tenang

aku masih mengharapkan berlaku keajaiban sepertimana keajaiban malam hari. berlaku beribu keajaiban malam di bumi tuhan ini. malam semakin dingin dan mengcengkan tulang kelabu asap. esok hari terakhir perjalanan hidup aku sebagai tukang tampal poster di tenang. pelbagai pahit manis bertempur dengan umno akan dijadikan pengalaman yang paling berharga. pas kalah di beberapa tempat bertempur secara berdepan, bukan kalah berhujah, bukan kalah sentimen perkauman, bukan kalah mempertahankan islam, pas kalah dengan kekangan ekonomi, pas kalah dengan keuzuran jentera tanpa bahan bahan sokongan yang diperlukan. kita tewas di beberapa lubuk umno. tapi aku yakin apa jua jenis manusia yang ada berkelana dimuka bumi allah ini ada masa lemah dan kuat. esok belum pasti milik umno sepenuhnya. aku masih memerhati dalam keadaan sejuk ketar, menahan gigil dihati menangis bersama malam melihat kedurjanaan dan kesombongan manusia menolak hukum allah. aku sudah menjalankan tugas aku dan telah berakhir. malam akhir akan dihiasi dengan pelbagai kejadian yang menakutkan jentera pas tapi malam ini belum tentu milik umno.

pasukan pas sudah menanti lama dengan keadaan ini. pasukan kaldai akan dihantar menyusahkan jentera pas malam ini, kesabaran ada had juga, manusia biasa pasti boleh bersabar tapi aku bukan ibrahim yang sabar menahan asakan namrud, aku bukan musa yang tabah berlawan dengan firaun, aku bukan mohamad yang sangat tabah berdakwah kepada kaum kafir quraisy di mekah, aku manusia biasa, dan sampai masa sudah kita perlu jalankan apa yang patut dan tak akan melibatkan kepimpinan. taliban pasti menguasai suasana, cuma pastikan umno jangan lari meninggalkan kubu sebagaimana pengecut. apasalahnya berdepan dengan kaldai umno , biar benda lain berbicara malam ini. kalau mulut dah tak jalan kita berhujah pakai benda lain pulak. cuma aku bimbang umno tak berani berhujah pakai benda lain, umno biasa berhujah pakai polis, sb, fru dan kehakiman, umno tetap bacul sebagaimana biasa, kalau tak malam ini malam esok pun boleh. apa salahnya kita berhujah pakai benda lain selepas prk kan. polis dah balik sarang, sb dah balik masuk dock

aku mengharapkan banjir berlaku hebat esok di kawasan melayu. jika berlaku banjir lagi bermakna umno akan lemas dalam dakapan tenang, umno pasti tewas jika banjir melanda, umno berpenyakit flu, berpenyakit tak boleh kena air cepat mampus, kawan setan biasalah, setan asal dari api kena air mampus terus. suasana masih lagi breakeven. kalah belum tentu menang sudah pasti diakhirat. berdoa dan solat hajat dan bermunajatlah wahai perjuang islam seluruh dunia. islam pasti menang dengan bermunajat ini. munajat dengan allah dan allah mendengar apa kata isi hati kita. islam pasti gemilang kembali selepas dagang. islam pasti menang jangan khuatir, jangan kecewa dalam perjuangan islam kita tak pernah kalah.

Ulasan