TRICKY LEAKS - hujan lebat mengiringi pengundian

basah lencun mewarnai prk dun tenang, cuaca sejuk menyelebungi tenang waktu ini. sejam lebih sudah berlalu masa pengundian, ramai belum keluar cuaca tak mengizinkan lagi. aku amat berharap cuaca begini sampai ke akhir. cuaca sejuk setan tak berani bermain main kat luar. udara mengcengkam jiwa, perayu undi hampir sekali ganda kehilangan mood diwaktu pagi. waktu pagi yang sejuk ditambahkan hari cuti disini menyukar pandangan, semoga banjir hadir hari ini untuk menghalang kerja kerja jahat umno. tanah tenang yang kering dan tandus sekarang bertukar menjadi tanah menghijau. sejuk sungguh, sukar untuk membuat kerja dalam suasana ini. mencabar sungguh kali ini. kalau panas ok lagi ini hujan segala alat elektronik amat sensitif kepada air. setan pun takut kepada air.

polis pun nampak tak berapa seronok nak bertugas, arahan bodoh terus dibuat, kenderaan tak boleh pasang bendera, pakai baju 1 malaysia boleh pulak. undang mana dia orang pakai entahle. hari kemarahan rakyat mesir makin memuncak, semoga hari kemarahan orang orang dun tenang juga memuncak hari ini. hosni mubarak masih bertahan dengan berpaksikan tentera dan polis, jika makin ramai yang terbunuh, askar dan polis tiada pilihan lain bermakna terpaksa memaksa hosni mubarak dihalau turun dari takhta kerajaan. berita menarik untuk dikongsi seluruh dunia. regim ganas dan bersekutu dengan zionis semakin dihimpit oleh kuasa rakyat yang bangkit menentang. kita masih lagi dilandasan demokrasi walaupun sudah banyak dicabuli oleh pemerintah. jangan sampai malaysia pun seperti itu.

modd pengundi terlalu perlahan sekarang kerana hujan. spr yang menyeru pengundi awal kerana bimbang petang hujan terpaksa menelan saja arahan mereka. hujan terus melanda dan akan berhenti menjelang pukul 5 petang. semoga hujan merahmati perjuang islam disini. hati hati yang panas makin sejuk dengan datangnya hujan rahmat. kerancakan pengundi belum masuk gear laju lagi. walaupun agak sibuk dikala ini tetapi apa yang dirancang sedikit terganggu. umno cukup terganggu dengan datangnya hujan. banyak kerja tergendala kata mereka, apa yang tergendala entahlah. mungkin bawang atau tepung gula yang dibawa bercampur gaul dengan air hujan dan tidak boleh diberi kepada pengundi. berita baik untuk pas, tanpa barang ini semua pengundi lebih yakin untuk mengundi pas tanpa perlu rasa terhutang budi. tenang masih terus berair hujan.

Ulasan