lari sewaktu nak kena sembelih |
rupanya tak cedera pun kena pukul, kalau kena pukul 50 hingga 100 orang pasti dah makan nasik kanji, gigi mesti berterabur. betapa penipunya cipan dalam hal ini, kalau orang cedera teruk kena belasah pasti duk dalam icu dengan tangki oksigen atas belakang. denyut nadi pun perlahan perlahan naik turun kerana nazak dibelasah. ayat dibelasah dan diterajang oleh jemaah rhusila mengakibatkan kecederaan teruk kepada aduka. akhirnya aduka dapat menulis dalam keadaan kecederaan teruk, tak mahu pakai penyokong tengkuk sebab takut dipolitikkan. pakai ilmu apa budak ni sampai 100 orang membelasah tak jadi apa cuma taik telinga je keluar. hebat cipan dalam membentuk cerita menjadikan aduka sebagai hero tamil yang hebat. melompat dari tingkat satu masjid rhusila tanpa sebarang kecederaan. dalam kecederaan sempat tazkirah pakwahab. pakwahab jawab pebenda budak ni dok cakap sekor, dok faham langsung. dok rok cetang budak ni. nama je penulis.
dengan keupayaan luarbiasa aduka meningatkan aku kisah hussin kaabah di tok jiring. hebat hussin kaabah ni kerana dia tok guru ajaran sesat. mampu membawa ajaran sesatnya dengan berjaya. berjaya membodohkan pengikutnya menjual tanah air semua sekali untuk diberikan atas nama reform ajaran islam. kehebatan hussin kaabah begitu terserlah dengan berjaya menipu penduduk kampung. semua nak islam ada guru yang boleh mentafsir alquran ikut sedap dapat menarik pengikut untuk mendengar ceramanya setiap minggu. kalau hussin kaabah mintak derma pasti ada yang menderma atas nama pencerahan islam. islam baru yang diperkenalkan oleh hussin kaabah menarik ramai pengikut yang sudah bosan dengan ajaran guru guru agama lama. hussin kaabah membawa ajaran baru yang mana ajaran islam mengikut pandangan hussin kaabah. tak belajar ugama islam dengan teliti tak apa asal lebih faham dari ustaz ustaz yang belajar lama di pondok atau intitusi pengajian islam. boleh faham dan tafsir alquran mengikut keperluan diri dah cukup untuk memusnahkan islam.
sampai satu tahap hussin kaabah makin sombong dengan mempunyai pelbagai pengikut, antaranya guru agama yang sudah terpesong dan terpesona dengan ajaran hebat hussin kaabah. yang banyak duit bagi sumbangan untuk mendirikan tempat pertemuaan dan juga tempat hussin kaabah menjalankan aktiviti mengajar ajaran sesatnya. makin hari makin ramai pengikut hussin kaabah, kerajaan makin pening, pengikut hussin kaabah menjadi makin ramai. tersebar ke seluruh malaya. penduduk setempat makin resah dengan pertambahan pengikut hussin kaabah. dari pengikut 2 3 orang dah menjadi makin ramai, dulu hanya nelayan petani jiran sekitar yang menganuti ajaran hussin kaabah sekarang dah makin maju, gohekteksi gadai beca untuk memberi sumbangan, nelayan jual perahu, petani jual tanah semua bersiap sedia memberikan sumbangan demi perjuangan hussin kaabah.
kemuncak karier hussin kaabah adalah membina sebuah kaabah di perkampungannya. senang aje dia buat kaabah, rumah pengikutnya dibuang tulangrabung dan akhirnya rumah itu dikatakan sama seperti kaabah dimekah tak punya tulangrabung. kesudahannya hussin kaabah di pukul beramai ramai oleh penduduk setempat kerana sudah banyak penyelewengan yang dibuat tentang ajaran islam, hussin diarak dan dibantai sepanjang perjalanan menuju balai polis, namun tak ada kecederaan sedikitpun pada tubuh badannya. sambil senyum je dia tengok orang ramai yang memukulnya. tak ada kesan calar pun walaupun pelbagai kayu digunakan, tapi dia tak report polis dipukul sebab dia anak jantan, yang bacul dan pengecut adalah kena jentik telinga keluar taik telinga je yang pergi report polis. hussin kaabah selamba je. rilex je kena pukulan. yang pasti dia kebal dan hebat sehebat aduka tak tercalar tak terluka walaupun sedikit walaupun dibelasah teruk oleh jemaah rhusila. apakah aduka pun ada ilmu yang dimiliki oleh hussin kaabah atau manjungmari beri dia ilmu laut yang hebat diselam tak lemas atau bakistani memberi ilmu kepala lutut yang diajarkan sewaktu usrah barbican. atau ilmu cipan waktu menyamar jadi jemaah rhusila atau fakap sewaktu menjadi badwi kencing dalam masjid.atau ilmu kaset yang maha hebat atau ilmu kutip derma dari haji tulang.
kesimpulannya peristiwa aduka melanggar tok guru haji hadi adalah pembohongan yang nyata, walaupun cakap terlebih dari islam bukan ulamak tapi hebat mengalahkan ulamak. hubungan dia dengan tuhan sepertimana yang dia tulis banyak menimbulkan tulisan bohong dan fitnah. berlakon dalam filem tamil bolehlah. karang sebanyak mana cerita penipuan akan terserlah sedikit masa lagi. semua nampak hebat dikala ini, sedikit demi sedikit akan terbukak, dan hari ini edyesdotcom dengan selamba mengatakan aduka bodoh sombong dan mencari populariti. dalam tulisan mengenakan batuapi secara tak langsung kawan dalam kain aduka dah membocorkan rahsia aduka yang hanya mencari populariti dan glamour. dan oleh kerana itu kesukaan dia pasti dia akan mendapat lebih lagi dari keseronokkan dalam menaikkan kehebatan laman web dia. dan akan tiba masanya member sekain dia akan mencaritkan kain mereka sendiri dan ini adalah permulaan kepada kain aduka akan terbukak lebih banyak dari sekarang. berhenti berpura pura cedera. kalau cedera parah kena berehat paling kurang 2 minggu terlantar diwad tapi 15 januari 2011 akan hadir dengan tok guru nik aziz, cedera ke apa ke mamat ni.
Ulasan
Catat Ulasan