TRICKY LEAKS - catatan awal pagi di tenang

esok pukul lapan pagi akan bermula proses pengundian. setelah 8 hari bertarung dengan hebat, pas dan pakatan rakyat berjaya menembusi beberapa kubu kuat dengan bantuan dari langit. banjir merupakan pertolongan allah kepada manusia yang mahu berfikir. manusia perjuang sudah menterjemahkan apa yang mahu dilakukan. banjir merupakan satu pertolongan allah yang tidak disangka. umno yang hampir lemas di tolong oleh pertugas pas. umno orang melayu dan biasanya orang melayu terasa terhutang budi. semoga sedikit pertolongan ehsan dapat melembutkan sikit hati hati yang keras. melayu terus terasa terhutang budi dengan umno yang mana melayu terus dibelenggu perasaan yang sama sejak puluhan tahun lalu. tak apalah kita hanya menolong sesama insan. yang penting sifat mengasihani antara sesama insan.

esok bagi pihak pas, polling agent, counting agent hendaklah bersiap sedia lebih awal. selepas solat subuh berjemaah hendaklah semua agent bergerak ke semua peti undi. bertolak awal mengelakkan kesesakkan. polling agent hendaklah orang yang berwibawa tak perlu orang yang hebat berhujah. disini kebijaksaan polling agent amat perlu dalam menangkis kerja kerja bangang spr dan umno. polling agent janganlah hadir ke tempat pembuangan undi lewat dari masa yang ditetapkan. banyak kejadian polling agent lewat bangun. waktu begini polling agent dah tidur nyenyak. spr dan umno akan menghalang polling agent dari pas masuk untuk memudahkan mereka menjalankan kerja kerja bangang mereka. oleh itu polling agent kena siap siaga dalam urusan pengundian. puas berkempen sampai keluar anak tekak. polling agent tak masuk tempat poll. bagaimana nak menang kalau polling agent bangun lambat. semoga polling agent bangun awal esok.

selepas pukul 5 petang counting agent kena bersiap sedia untuk masuk dan memerhatikan apa saja yang berlaku dalam tempat mengundi dan tempat mengira undi. tanda kena cermat, bantah jika perlu, mintak dikira jika terdapat keraguan, counting agent mesti bersiap sedia dengan segala undang undang spr untuk digunakan sebagai cara membantah perlaksanaan kerja spr jika bercanggah. kekuatan counting agent boleh menyanggah semua benda yang dibenarkan oleh undang undang spr. ketua tempat mengundi akan seal kotak undi sebelum pergi menunaikan solat asar. pastikan semua borang lain ditandatangani. jangan lewat hadir ke tempat pengiraan. tolonglah jangan lewat dari pengiraan sudah dibuat. ada yang solat terlampau lama sampaikan bila sampai ke tempat pengiraan dan separuh berjalan. undi meragukan mintak dengan hormat ketua tempat mengundi letak dalam bakul undi curiga. pastikan semua undi yang berpihak kepada pas dihitung dengan betul. undi ragu minta dikira balik. gunakan kuasa sebagai counting agent. buat bantahan mengikut undang undang. jangan cepat hot temper. orang pas ini semangat kuat tapi bertindak tanpa pedoman dalam pengiraan undi. sabar itu pelita hati, marah itu setan dalam hati.

pastikan semua sudah dikira dan ditangani bersama. undi undi yang tak dipakai tengok ketua tempat mengundi sudah masuk kedalam sampul. kenal pasti sampul yang mana ditandakan dengan cermat. dikira berapa undi ganti yang berwarna putih. undi betul. dan undi rosak dan juga kertas undi yang tidak digunakan. tandakan saluran tempat mengundi dengan cermat. kalau mereka ikut technical dan mereka silap, kita cabar mereka dimahkamah, tokai masuk mahkamah lagi. mau demam tokai masuk mahkamah aje. gunakan sepenuhnya penelitian dalam masa mengira undi. jangan takut kepada ketua tempat mengundi. counting agent juga dilindungi oleh undang undang negara. jika ketua tempat mengundi menampakkan sikap berat sebelah catit nama beliau, saluran dan kalau boleh pastikan semua ada fakta yang jelas. jika kita turuti undang undang umno pun pening sebab kena fikir balik undang undang baru.

Ulasan