tricky leaks - analisa tenang dari kacamata pertugas - 3

jangan cakap orang felda bodoh, jangan cakap melayu bodoh, tanya dulu betulke melayu bodoh, betul ke orang felda bodoh, orang melayu jugak yang menangkan pas dikelantan, diterengganu, di kedah, di perak, di johor di selangor dan di penang, apakah kita pakai pukul rata je, bila kalah melayu bodoh, bila kalah orang felda bodoh. kecik hati mazlan aliman, kecik hati orang melayu yang mengundi pembangkang. ada tindakan yang perlu dibuat tapi berapa ramai yang sanggup buat. sekadar menulis semua sanggup. kalau sanggup ayuh tunjukkan betapa kita berusaha keras di merlimau. kita praktik kan apa yang ditulis diblog. turun ke merlimau, pakai duit poket sendiri, berkampung kita dimerlimau. rasa pahit manis payau kelat sakit demam mata merah, pedih hati kena maki, sakit jiwa melayan kerenah pengundi, sakit hati melayan kerenah blog yang menyakitkan hati. siap bekal ayat alquran kononnya berjuang dijalan allah, dia tidur dalam rumah. esok tulis lagi menyakitkan hati. kalau aku maki banyak send email marah, tak baik bukan akhlak perjuang.

berkempen bukan senang, ada yang siap cakap pas pembangkang nak buat apa kalau menang, kalau tak bersedia boleh jawab ke soalan soalan yang memanaskan hati, hujan kat luar tapi dalam rumah panas gila. tu baru berdepan dengan pengundi atas pagar, belum pengundi tegar umno sejak puluhan tahun dulu sezaman dengan tun razak. pakcik yang kenal kapal layar dari lambang bulan bintang. boleh kita memperlekehkan pendirian mereka. masalah terhutang budi dengan kerajaan, masalah hidup, masalah tanam semula, masalah baja, masalah sekatan, kita yang bercakap senanglah. turun naik mahkamah ingatkan senang ke. berhadapan dengan segala karenah birokrasi, setiap hari ada ugutan untuk dihalau, kalau dihalau kemana nak mengadu kepada tukang tulis blog ke? tukang kempen, tukang pencacai yang laju mulut dari bekerja. tukang komen yang komen sepanjang masa. tukang buat t shirt atau tukang naik keretapi lompat lompat.

undang undang pilihanraya dah hafal semua ke, soal mengundi, soal agent, soal apa yg boleh apa yg tak boleh. semua memerlukan pengetahuan bukan tulis je. kalau semua tahu boleh berhadapan dengan umno dan spr kalau tak tahu pembangkang ternganga. undang-undng pilihanraya, masalah undi samar samar undi pas ke undi umno, undi rosak, undi ganti semua tahu ke, yang menulis pernah jadi counting agent, polling agent, wakil calon, bantahan tuntutan, kalau tak tahu belajar. aku cukup panas kalau cakap semua tahu, bila tanya boleh buat tuntutan bantahan atau daftar pemilih, nak daftar macamana ada ke tanya balik, dah tahu sangat buatlah daftar sorang aje member ke kalau dah teror. ini adalah perkara asas pilihanraya tapi ramai yang tak tahu. berlagak gila kalau bercakap. ketua tempat mengundi halau balik tak dapat lawan sebab kita tak ada pengetahuan undang undang. bercakap seperti burung tiung boleh aje mudah dan berkesan. nak buat tak ada sorang yang sanggup. tinggal dua tiga kerat muka yng sama. laa hang lagi tak ada orang lain dah ke. ada kenapa lak tak ada ada yang bercakap banyak sahaja. untuk parti habukkk pun tarak. bukan setakat rotan akar rambut pun masih tak ada. jadi apa silap parti lagi? muhasabah diri.

Ulasan