zulkulim makin gila

sejak nuar berahim tak melayan sebarang kritikan yang dilemparkan oleh zulkulim ia mengalih serangan yang lain pula. sejak menjadi balaci dan barua kepada umno dan barisan nasional, jarang sangat orang memberi perhatian lagi kepada seorang yang loyar buruk bukan peguam yang sebenarnya. sikap munafik yang ditunjukkan oleh zulkulim terserlah hari demi hari apabila ia mula membuka pekung dia sendiri. semakin banyak dia menyerang nuar berahim semakin menampakkan kebodohan dan kebangangan dia mengulas isu isu semasa yang berkaitan dengan nuar berahim. zulkulim makin galak memberi kenyataan akhbar dan dalam blog fitnahnya untuk terus melakukan penyerangan demi penyerangan kepada nuar berahim.

dulu zulkulim kata nuar berahim mengkudakan pas dan dap, semalam zulkulim mengatakan dap pula mengperkudakan nuar berahim. apakah tiada lagi isu yang hendak zulkulim tulis melainkan isu isu yang sama setiap kali beliau menulis. jadi tak heran lah sebagaimana tulisannya bahawa firaun yang jahat ada pengikutnya begitu juga dengan zulkulim ia semakin jahat dan terus mengaku telah menjadi barua kepada umno. tindakan zalim umno menaikkan harga minyak tidak lagi menjadi satu perjuangan kepada dirinya. perjuangan untuk perut dan mulutnya diutamakan sekarang. zulkulim sudah melupakan apa yang pernah beliau ucapkan selama beliau menjadi mp, rakyat memandang tinggi kepada zulkulim sekarang zulkulim hanya layak duduk ditapak kaki sahaja. sudahlah menumpang dirumah orang dengan muka tak malu masih mengaku yang itu masih rumahnya. jika zulkulim seorang yang bermaruah dan memperjuangkan hak rakyat dah lama zulkulim meletakkan jawatan.

hari ini pak janggut terus melancarkan serangan fitnahnya kepada nuar berahim. selama bertahun tahun zulkulim menipu bersama nuar berahim jika apa yang diceritakan dalam blognya adalah kenyataan. apakah zulkulim sanggup menipu bersama padahal dimulutnya selalu menyebut islam is first. atau hanya selepas tidak mendapat apa yang dihajati barulah si munafik ini menceritakan hal yang sebenar atau hanya mereka reka cerita untuk menarik perhatian umno untuk terus membayar perkhidmatan loyar buruknya. semakin lama semakin menjijikkan apa yang ditulis oleh zulkulim. cerita orang yang sudah meninggal sebagaimana zam@awang selamat yang mengfitnah pas. betapa celakanya zulkulim dan zam kerana mengheret orang yang telah meninggal dunia menjadi saksi bagi pihak beliau. apakah dengan mengungkit kembali akan menyerlahkan sifat zulkulim menjadi lebih alim atau akan menjadi lebih munafik dari musrikin mekah.

Ulasan