TRICKY LEAKS

riuh diseluruh dunia dengan pendedahan demi pendedahan berani mati oleh assange yang berhadapan dengan kes moral dan jenayah. semua mengambil kesempatan yang boleh digunakan untuk membelasah dan menghantam kepada musuh musuh politik. assange makin terkenal dan makin kaya. dimalaysia wikileaks dan jadi tricky leaks, ambil separuh sorang lepas tu pakat jaja ramai ramai akhirnya terbongkang dalam longkang. apa yang dipaparkan oleh wikileaks tanpa disedari oleh pemimpin malaysia bahawa ia semua permainan yahudi untuk mengkayakan mereka dan mempopularkan laman wikileaks. apabila leaks semakin banyak ia akan menyebabkan lingking. akhirnya semua tersadai dan tersembam muka masing masing ke simen kerana kedua duanya mengambil dari sumber yang sama. akhirnya kedua dua hanya menggeleng kepada bahawa semua tertipu dengan permainan wikileaks.

wikileaks tak akan dapat mendedahkan apa apa tanpa persetujuan dari yahudi dunia. pembocoran maklumat hanya untuk menjatuhkan presiden obama kepada presiden baru. permainan ini sudah lama dimainkan oleh yahudi dan tanpa disedari semua bermain tanpa mengetahui bahawa dalang disebalik pendedahan berani mati assange. dimalaysia pun ada wikileaks tapi disebarkan oleh tricky leaks. akhirnya mahaguru tricky akan menikam kembali sesiapa yang menggunakan sumbernya. semakin banyak sumber tricky semakin galak pemimpin pembangkang menggunakannya akhirnya pembangkang tidak lagi menjadi pemain tetapi menjadi bolasepak boleh ditendang kemana jua. pergantungan sumber trickyleaks sepatutnya difikirkan berulang ulang kali oleh penulis blog atau pemimpin pakatan rakyat. jika ia sumber yang benar dan sahih, mustahil maharaja tricky tak akan disumbat dalam isa atau paling koman dilokap semalam dua. apakah pemimpin pembangkang tidak sedar ada permainan yang dimainkan oleh maharaja tricky.

kebelangkangan ini maharaja tricky makin galak menghantam nuar berahim, dan ada satu permainan baru yang sengaja diatur untuk menjadikan nuar berahim sebagai punching bag. kononnya nuar berahim sudah habis nafsu untuk terus menjadi pembangkang dimalaysia. apakah tanda tanda awal pembangkang masih lagi belum nampak dengan terang. jangan biarkan kita tertipu dengan ilusi permainan maharaja ilusi. sumber rujukan maharaja tricky sepatutnya dibuang dengan segera. caRIilah sumber yang lebih sahih dan berintergriti. maharaja tricky sengaja menimbulkan conflict baru dalam pakatan rakyat. mulai menunjukkan dirinya yang sebenarnya yang berbelang belang bukannya mempunyai satu warna. berfikir dengan tenang dan waras dan melihat dengan matahati bukannya melihat dengan mata buntang. perlu sedar dari terus dipermainkan oleh maharaja tricky.

permainan silap mata maharaja tricky akan terus bersambung dari satu pasal ke satu pasal sehingga ia membawa pakatan pembangkang termanggu dengan sendiri. akhirnya pemimpin pakatan rakyat menepuk dahi mengatakan bahawa alamak bodohnya aku mengikut cerita cerita dari maharaja tricky yang bijak membuai buai perasaan pemimpin pembangkang. satu persoalan yang tak terjawab sampai hari ini. bagaimanakan pengerusi parti likud boleh berjumpa dengan maharaja tricky dan polis malaysia masih gagal menemuinya. apakah tricky beitu bijak atau hanya ini hanyalah permainan skrip yang disusun dengan baik. mereka akan membebaskan sebahagian yang lain dan menangkap sebahagian yang lain untuk bermain dalam padang maya ciptaan mereka. separuh disusahkan dengan agenda lain dan separuh lagi di bawak lari ke alam ciptaan mereka. mereka tetap ketawa berdekah dekah kerana mereka berjaya menipu kesemua pembangkang dengan mudah kerana mereka ada maharaja tricky yang boleh leaks apa saja yang membuat pembangkang rasa hebat dan berjaya membongkar kisah keburukan dan kedurjanaan umno dan barisan nasional. aku cukup bimbang....

Ulasan