tricky leaks - tulangbesi dilantik SUK selangor

menurut sumber dalaman dari pejabat menteri besar selangor, blogger tulangbesi@abdulrahman adalah antara tiga nama yang dihantar untuk dilantik menjadi Setiausaha kerajaan selangor. oleh kerana sumber dalaman kerajaan negeri selangor ini selalu bocor maka nama yang dipilih mudah bocor ke tangan blogger. oleh kerana khusrin tak tersenarai dalam pilihan kerajaan selangor. mb selangor khalid berahim bersetuju dengan nama yang dicadangkan oleh khalid samad iaitu melantik tulangbesi sebagai SUK kerajaan pakatan rakyat di selangor. oleh kerana gagal kali pertama menjawat jawatan ceo dalam anak syarikat kerajaan selangor akibat kesabaran beliau yang berulang kali mengfitnah exco agama hassan ali telah diambil kira untuk dilantik sebagai suk kerajaan negeri selangor. kesukaan tulangbesi mengfitnah hassan ali dan menerima maklumat dari malaysia ke lombok dan dimuat naik ke laman blog telah menjadikan tulangbesi begitu popular dan melangkau batas sempadan negara.

kebijaksanaan tulangbesi memperolehi maklumat sumber dalaman pas juga amat hebat. segala apa yang terjadi dalam mesyuarat mingguan pas pun tulangbesi boleh tahu awal lagi dari media massa pas sendiri. oleh kerana harakahdaily juga tempat penasihat tulangbesi berkubang bermakna berita ini akan lebih cepat beredar di blog dari harakahdaily. wartawan harakahdaily walaupun bekerja untuk pas dia masih sempat menghantar berita kepada tulangbesi walaupun berita diharakah daily selalunya cepat melebihi blog lain. berita seminggu kemudian akan menjadi tatapan pengunjungnya. apa jua berita maklumat yang terjadi dimalaysia akan cepat sampai ke lombok dan akan dimuatkan dalam blog tulangbesi. kagum dengan kepintaran dan kecerdikkan tulangbesi ini telah menarik minat mb selangor untuk melantik tulangbesi menjadi SUK selangor. semoga dengan perlantikan ini tulangbesi tak lagi akan ada masa untuk mengutip derma kerana gaji menjadi suk dan elaunnya akan menjadi 20x kali ganda gaji exco kerajaan kelantan.

dengan kesibukan tulangbesi menjawat jawatan suk selangor akan mengurangkan fitnah kepada pemimpin pas pusat dan yang tidak sealiran dengan mazhab tulangbesi. oleh kerana terlampau lama menabur fitnah, tulangbesi akan mengakhiri kontrak dilombok akhir tahun ini. jawatan suk akan diberikan oleh kerajaan selangor kepada tulangbesi sebagai derma kerana kerajinan dia menyebarkan fitnah kepada hassan ali, menantu presiden, penasihat presiden, kepada pemimpin pas terengganu dan akhirnya kepada timb presiden pas. diharapkan kepulangan tulangbesi ke malaysia setelah kontrak dilombok tidak disambung kerana tak perform kerana sibuk menulis fitnah dari bekerja. jawatan suk selangor diberi secara kontrak jika tulangbesi juga tak perform tulangbesi boleh menulis kembali keburukan kerajaan selangor yang menendang dia keluar akibat tidak perform.


* "sekadar satira semasa, mana lah tahu impian tulangbesi begitu tinggi dan tak mustahil itulah angan angan tulangbesi@tukang fitnah parti pas"

Ulasan