tricky leaks - spr jawab jangan tak jawab

dah lama aku tak mengikuti bualbicara antara spr dan orang ramai. bagi aku usaha usaha penambahbaik spr akan terus terbantut selagi umno terus campur tangan dalam perlaksanaannya. tapi kalau ada yang mempertikaikan bahawa ada campur tangan umno dan barisan nasional dalam spr yang dikatakan telus berintergriti dalam menjalankan urusan pilihanraya. kita kena faham dimana jua ada spr di amarika sekalipun akan ada bias kepada parti pemerintah. kalau tak berpihak kepada pemerintah bagaimana mereka akan dilantik adakah kerajaan didunia yang bodoh sombong yang akan melantik orang yang tak berpihak kepada mereka sebagaimana bodohnya kerajaan selangor melantik khusrin menjadi dato suk yang mana khusrin adalah orang kuat umno. baik lantik tulangbesi mesti penyokong kuat pkr selangor. hassan ali awal awal lagi dah kena bungkusnya.

spr semalam melalui lidah pengerusinya menjawab pertanyaan dari tian chua yang hadir dalam bualbicara tersebut. walaupun bagaimana hebatnya tekanan yang diberikan oleh pembangkang kepada spr, spr tak akan mudah tunduk kerana semua yang dilantik menjadi ahli ahli spr sebenarnya adalah ahli umno. timb. pengerusi spr orang terengganu begitu kuat menyokong umno bagaimanakah spr nak berfungsi menjadi pengadil kalau spr sendiri dah memilih penyokong kuat umno dalam menjalankan urusan spr. mesti ada sikap berat sebelah. spr tetap akan mempertahankan undi pos sebagaimana yang telah ditetapkan oleh umno. tanpa undi pos umno akan musnah lebih cepat. ada adun dan mp barisan yang menang atas tiket undi pos yang telah menjadi satu undi selamat kepada umno dan barisan nasional. spr adalah anak emas kepada pejabat perdana menteri dan mempunyai nilai nilai yang tinggi. segala perbelanjaan spr tidak menjadi soal kerana ianya wujud dicelah antara parlimen kalau mengikut hiraiki tertinggi.

cuma pengerusi spr tak berani nak menjawab satu soalan sahaja. sila sebutkan dimana ada pengundi pos yang berani memangkah pembangkang dan ada kawasan undi pos yang berpihak kepada pembangkang. atau mana mana kawasan pengundi pos yang telah dimenangi oleh pembangkang atau mana mana kawasan yang mana kedudukan pengundian 50 50. pengerusi spr tak boleh nak menjawab soalan ini kerana tidak pernah dalam sejarah tanahair ada kawasan pengundi pos pembangkang menang dan memperolehi majoriti atau kawasan pengundi pos yang samarata. semua saluran undi pos hanya berpihak kepada umno dan barisan nasional. satu soalan ini yang akan menyebabkan pengerusi spr terpaksa menjawab hal lain walaupun soalan ini tidak menjawab apa yang ditanya. dan kalau aku sebagai pengerusi spr pun tak akan menjawab soalan ini kerana tak pernah ada dalam sejarah undi pos pembangkang menang atau memperolehi 50 50. semua undi pos solid untuk umno dan barisan nasional walaupun spr memberi pelbagai alasan yang bangang. alasan mudah sentimen penjawat awam mesti menyokong dasar kerajaan.

Ulasan