tricky leaks - pertemuan dalam gelap digemakan balik

laman web yang berpengaruh mendapat info yang tok guru nik aziz diperbodohkan oleh pemimpin pas atasan dalam usaha membawa pas masuk umno atas nama perpaduan melayu. dalam usaha menjatuhkan pemimpin tertentu dalam pas pelbagai usaha telah dilakukan. percubaan akan berlaku sampai hari kiamat dan tidak mustahil perkara ini akan terus berlaku. ada pemimpin pas yang cuba bermain dibalik nama perpaduan melayu dan suka menghantar fitnah kepada pemimpin pas lain. usaha usaha ini telah berlaku dan akan berlaku sehingga pas mati kering dengan isu yang sengaja dicipta oleh musuh musuh islam. tak apa boleh buat quote kepada kenyataan ini, aku tak berniat nak jatuhkan orang aku hanya berbuat demi parti yang kita sayang. kedurjanaan sifat dan baling batu terus berlaku dan akan terus berlaku. tak berani secara terus terang kenapa berselindung menulis, tulis dengan tepat fakta bukannya hanya berselindung. hidup mulia kalau menulis benda kebenaran dan hidup celaka sampai akhirat jika menulis fitnah.

laman web faham atau tidak hiraiki dalam pas, atau hanya berpura pura bercinta dengan pas tapi hanya musuh dihantar masuk kedalam sebagaimana sb polis dan tentera dihantar masuk ke dalam pas. sumber risikan lebih telus jika ia dihantar join parti dan akan memperolehi apa saja yang diinginkan. perkara sama boleh berlaku jika sb juga ahli pas. tanpa disedari oleh sesiapa pas mempunyai ahli sb didalamnya. sb ini bijak memainkan peranan penting dalam menghancurkan pas dengan mudah. tok guru nik aziz digambarkan dijadikan kambing hitam walaupun usaha pihak lain untuk melakukan pembunuhan ini berlaku. pembunuhan imej akan terus berlaku dengan suasana yang berbeza jika pemimpin pas terus berniat jahat antara satu sama lain. pemimpin pas nak jupa pemimpin umno mesti beritahu dulu pada blogger atau ahli pas yang tak bayar yuran atau kena tulis email kepada ularmamak. kenyataan jahat berunsur fitnah telah berlaku. apakah pertemuan mesti diberitahu segala aktiviti parti pas, kenapa bila ada tazkirah ceramah ugama, tamrin,usrah puak puak ini tak mahu ambil bahagian padahal parti dah menganjurkannya. kenapa tak hadir hanya best duk melengging depan tv media massa umno dan masih boleh minum bersama tepi longkang sambil layan fitnah.

blogger jangan jadi terlampau bodoh sampaikan semua pemimpin pas tak boleh berjumpa langsung dengan pemimpin umno, kenapa pemimpin dap jumpa pemimpin mca boleh didiamkan pulak, pemimpin pkr jumpa pemimpin mic dibolehkan pula. apakah hanya standard diberikan kepada parti pas atau blogger mempunyai agenda celaka disebalik pendedahan ini. mungkin yang tak tahu ada perjumpaan ini tapi apakah isi perjumpaan sampaikan rujukan diberikan kepada yang tidak hadir. apakah dengan menulis dan membiarkan tulisan berunsur jahat dan fitnah boleh mendamaikan pas atau rakyat yang telah lama sakit dengan pemainan ini. apakah pemimpin islam berpijak diatas nama hak dan batil dan menulis benda benda yang menimbulkan keraguan dan ketidaksahihan agenda sebenarnya permainan tulisan ini. selepas ini jika ada pemimpin pas minum atau hadir dimajlis umno pasti akan terus dituduh sebagai urusan rasmi parti pas dengan umno. bagaimanakah puak yang mendakwa ada pemimpin pas berdajal dalam gelap boleh menerima buku pas baru karangan mujahid yusof. kalau sebelah ini boleh terima sebelah lagi tak boleh sebab ia berjuang kepada perpaduan melayu.

isu isu ini sengaja dinaikkan selepas sekian lama sepi. ia menjadi modal untuk penulis menulis balik hal hal yang sama akan berkumandang. dan tak mustahil ini adalah rancangan jahat untuk mematikan maruah pemimpin pas yang mana sengaja diciptakan untuk menjatuhkan antara pemimpin yang tidak disukai. pemimpin yang tak disukai kita balun hantam keroyok sampai tak ada ruang untuk bernafas, pemimpin yang kita suka kita ampu kita diam walaupun bersalah apa apa pun. inikah sikap penulis yang mengaku dirinya islam yang tulen setulen islam nabi muhammad. dimana pertimbangan akal kita sebagai orang islam yang mana mendiamkan diri lebih baik kerana berbuat bising benda yang tak tahu hujung pangkal masih dalam perbincangan tapi sengaja di bisingkan agar dapat membunuh pemimpin yang tak disukai. apakah ini sikap dan amalan ajaran islam yang kita pelajari. bunuh mana mana pemimpin yang tak kita sukai. sebab apa hukum islam tak akan berjaya sebab dalam diri kita sendiri tak bersetuju seratus peratus dengan hukum allah. jangan tipulah kalau manusia bersetuju 100% dengan hukum tuhan. kalau member sendiri bersalah pun akan dipertahankan dengan pelbagai alasan walaupun terang terang bertapa celakanya tulisannya kepada islam. apakah dalam alam maya dihalalkan semuanya bila realiti kita tetap islam walaupun tulisan boleh membatalkan imam, apakah tulisan dapat dikeluarkan dari jari tak melalui otak.

Ulasan