tricky leaks - klinik bot pulak dah

najid dah semakin ketandusan idea untuk mengtankedarah duit rakyat sampai buat klinik dalam bot pulak dah .. banyak mana pulak akan hangus dalam merencanakan klinik bot ini. setelah berjaya membalun duit bina klinik 1 malaysia, kerja peringkat kedua fasa 1 klinik bot akan dibina, kroni bot sengih sampai pengsan, apakah pembinaan bot klinik ini akan diserahkan kepada yayasan albukhari yang telah berjaya membida penang port yang untung selepas puak puak umno dipenang dihalau dari berkuasa di dermaga penang. rupanya jika masih mengekalkan umno bermakna port yang terdapat dimalaysia akan mengalami kerugian dan tak akan untung kerana umno akan membaham selagi ada.

klinik bergerak 1 malaysia telah berjaya menelan belanja yang besar kerana membeli bas maintenance dan serba serbi akan mengjadi duit kepada umno. setelah menganugerahkan pembinaan bas kepada syarikat kroni jalan yang terbaik untuk terus mencari dana buat umno bot klinik 1 malaysia akan di bina. berapa juta pula akan hangus dalam merencanakan benda benda bangang ini. projek yang bukan untuk rakyat miskin tetapi hanya untuk mencari duit buat tabung umno yang sentiasa kering dan tak penuh penuh. bot laju fibre mungkin akan dibina sebagai membina cruise 5 bintang akan dapat dilihat pada tahun hadapan. klinik 1 malaysia yang diilhamkan oleh najid tak memberi makna kepada rakyat malaysia yang miskin. dengan kemudahan klinik yang serba serbi tak mencukupi buat apa membina benda benda yang tak memberikan rawatan yang sempurna kepada rakyat. sakit kepala demam boleh le datang kalau sakit lain anda hendaklah mengunjungi hospital besar. jadi apa guna pembinaan klinik 1 malaysia yang tak boleh merawat pesakit. ini dinamakan bodoh dan bangang.

oleh kerana malaysia menuju negara berpendapatan tinggi, malaysia menyediakan perubatan yang mana tidak mahu meminggirkan rakyat yang berpendapatan rendah. dengan nilai murni ini kerajaan umno dilihat amat mementingkan hal hal rakyat miskin.tapi apakah rakyat miskin menikmati perubatan yang percuma ini tapi tak mampu menyembuhkan sakit mereka. buang masa dan tenaga pergi ke klinik 1 malaysia yang tiada kemudahan untuk merawat hatta ubat cacing pun tiada dalam simpanan. kalau sakit kena tuju ke hospital utama jugak dan apakah klinik 1 malaysia ini akan berkubur selepas pm ini berkubur sebagaimana masjid hadhari yang dibina oleh mantan paklah tidur. nak bagi biasiswa pun berkira dijadikan pinjaman itu lebih baik dari membuat kerja kerja yang tak memberi impak kepada rakyat malaysia. orang umno tersenyum dengan kegeligaan perdana menteri mereka

Ulasan