tricky leaks - kenyataan bodoh pengerusi gaps

apa punya bangang dan bodoh pengerusi gerakan anti penyelewengan selangor (gaps), apakah nak menubuhkan semua suruhanjaya parlimen kena luluskan. kat mana pengerusi gaps ini belajar belakang longkang dalam parit taliair umah noh omar ke. betapa bangangnya kenyataan pengerusi gaps ini. dimanakah go yang dibaca oleh hamirzun sampai begitu jelas menggambarkan kebodohan dan tak mengerti semangat federalisma. di selangor pegawai tadbir diplomatik yang akan menjawab jawatan suk di selangor tapi asasnaya mana pegawai pegawai yang akan dilantik menjawat jawatan suk perlu mendapat persetujuan dari mb yang mengetuai kuasa executive. tanpa persetujuan menteri besar perkara ini tidak akan berlaku. dah le bodoh hamirzun ni tapi menuduh orang lain bodoh. ada je isu mesti nak jadi nasik tambah.

keperluan persetujuan untuk menjawat jawatan tertinggi pertadbiran didalam negeri perlu mendapat persetujuan ianya seperti melantik mufti perlu mendapat perkenan dari istana, apakah boleh letak siapa saja yang disukai tanpa mendapat restu pihak istana yang menguasai majlis agama islam. suruhanjaya perkhidmatan yang disebutkan itu adalah suruhanjaya perkhidmatan negeri juga bertanggungjawab mengawal selia pentadbiran negeri. oleh kerana bacaan pendek akal pengerusi gaps asal sebut suruhanjaya mesti parlimen kena lulus. suruhanjaya perkhidmatan negeri sudah lama wujud dinegeri masing masing sebelum selangor menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan persekutuan. ini adalah untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara negeri dan persekutuan. apakah hamirzun ni tak mengerti goverment order dalam perjanjian asal federalisme.apa yang ditakuti oleh kerajaan negeri kerana campurtangan seperti mana yang berlaku sekarang.

pegawai tadbir diplomatik (ptd) yang dihantar kenegeri selalunya pegawai pegawai yang banyak menimbulkan masalah kepada kerajaan persekutuan. dan ptd yang tidak effisien akan dihantar ke negeri negeri. benda benda berulat selalu akan memburukkan lagi keadaan keburukkan yang ada. apa yang nampak perlantikkan khusrin hanya menambahkan beban yang sudah ada kepada kerajaan selangor. akibatnya kerajaan pakatan rakyat selangor akan terus berdepan dengan masalah kerana suk akan mengeluarkan arahan yang berbeza dengan apa yang diperintahkan. jika suk tak sebulu dengan mb bermakna pemerintahan tak akan lama berlaku. inilah sebab utama perlantikan khusrin yang hendak dibawa masuk ke dalam pentadbiran umno setelah berjaya melaga pakatan rakyat dengan istana selangor. khusrin sudah lulus ujian dalam membawa banyak kejayaan memporakperandakn majlis agama, exco agama dan beberapa tindakannya yang seringkali membelangkangi exco dan mb.

pengerusi gaps mungkin boleh beli buku perlembagaan dan baca balik dari awal, mungkin edisi pondok pondok yang dibaca olehnya hasil karangan khir joyo atau juga karangan sidek hassan yang tak tahu apa makna ptd. sidek hassan kalau bersara nanti pasti akan dilantik menjadi pengerusi spr yang baru kerana semangat dia yang terlalu umno dalam menjalankan peranannya sebagai ksn yang berwibawa. perlantikan khusrin menjadi suk selangor bermakna ksn sidek hassan membenarkan berlaku perlangkahan jawatan bukan mengikut senioriti dalam hairaki ptd. dulu hanya negeri yang berlaku tapi sekarang dah merebak ke federal dan tak mustahil pentadbiran akan jadi cacamerba kerana kebangangan ksn dalam menentukan siapa yang layak duduk dikerusi itu. oleh kerana sidek hassan dah mencampuri urusan negeri bermakna selepas ini umno dengan sewenangnya akan masuk campur dalam menentukan apa saja yang terjadi dalam ptd diselangor kerana ksn dah jadi bengong dengan tindakannya.

Ulasan