PRU ke 13 - 2011 atau 2012?

ramalan demi ramalan dibuat oleh pembangkang mengenai akan berlakunya pru yg ke13 di bawah kerajaan umno yang terakhir. 18 bulan umno tidak akan mengadakan pemilihan atau dengan kata lain ditangguhkan agar semua kesalahan umno dapat dibaiki selepas mendapat kembali kepercayaan rakyat malaysia selepas kenaikan harga minyak. semakin banyak minyak dan barangan keperluan asas akan menyebabkan rakyat malaysia makin percaya bahawa umnolah yang boleh memerintah malaysia. tok jib dah mendapat idea bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada umno adalah dengan menaikkan harga minyak dan segala keperluan asas yang lain dengan sesuka hati tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi kepada rakyat malaysia. dengan hanya menaikkan 5 sen sekali naik tak akan menjejaskan apa apa kepada rakyat malaysia, lebuhraya masih dipenuhi oleh kereta. apakah dengan kembali sokongan rakyat malaysia bermakna tok jib akan mempercepatkan pru ke 13 ?

sebelum melangkah ke jauh dalam ramalan ramalan pembangkang, apakah yang perlu dipandang dan apa yang tercicir dalam ramalan ramalan ini. tahun 2011, spr akan mengemukakan persempadanan yang baru dan akan berlangsung hampir 6 bulan atau menjangkau setahun untuk mengesahkan persempadanan baru untuk kesemua negeri di malaysia. pembahasan dan pelbagai fakta akan dikemukakan kepada persempadanan baru ini. umno menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan bermakna umno sudah mengetahui bahawa mereka mahu menggunakan persempadanan baru untuk mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam suasana persempadanan baru. umno amat berharap dengan persempadanan baru yang mana akan mengikut acuan dan cadangan yang membolehkan umno masih mengekalkan kuasa politik mereka di putrajaya. walaupun suasana politik malaysia bagi umno sudah pulih, mereka tetap mengharapkan bahawa persempadanan baru ini akan mengembalikan mereka meraihkan 2/3 undi majoriti dalam parlimen.

spr akan mengemukakan cadangan persempadanan baru ini paling awal bulan mac 2011, ini bermakna parlimen akan berbahasa dan jika kabinet menolak cadangan ini bermakna spr akan merombak sedikit dan akan memakan masa untuk disahkan. kecuali spr sudah berjaya memberikan kemenangan maksimum dalam pru yang akan diadakan untuk umno. jika tidak ramai yb yb akan bangun menentang persempadanan semula kerana ada kerusi yg menjadi kerusi buruk untuk umno dan cepat patah. ada kawasan yang akan menjadi kubu kuat umno dan ini dikategori kawasan selamat dan menjadi rebutan kepada yb yb umno. kawasan kawasan yang menjadi rebutan adalah kawasan yang mempunyai kem dan undi pos yang banyak. persempadan akan diluluskan tanpa banyak soal jika memenuhi selera yb yb dan menteri menteri. biasanya ada kawasan parlimen dan dun akan diserahkan oleh spr kepada pembangkang. mereka akan mengores dan mencarik kawasan yang total pas dan kawasan yg total umno. kawasan di terengganu yg dikenal pasti akan diserah dengan mudah oleh spr kepada pas adalah kawasan manir, batu buruk, rhu rendang dan wakaf mempelam, dan terengganu dijangka akan mendapat 3 dun dan satu parlimen baru.

kaedah persempadan semula tempat mengundi akan mengambil masa setahun untuk diluluskan dan digazetkan oleh kerajaan dan ini bermakna dalam tahun 2011 tidak akan berlaku pru yang ke 13, kalau umno yang bercakap ia hanya untuk mengaburi mata pembangkang. umno cukup tahu yang mereka memang memerlukan persempadanan baru untuk mengekalkan kekuasaan mereka di putrajaya. setahun ini umno akan merangka strategi untuk bagaimana untuk mereka mengekalkan kekuasaan mereka. dalam keadaan berkecamuk ini soal persempadanan akan menyusahkan parti pembangkang kerana banyak kerja akan dilakukan balik. pengundi pengundi akan dicarik carik dan ditarik dari mengundi lama dan dicampur kepada daerah mengundi baru.dicantumkan menjadi daerah mengundi baru. pelan lakar terpaksa dilukis kembali dan strategi yang dirancangkan kembali berkecamuk kerana mungkin di peti undi baru calon yg dikemukakan tidak disukai oleh pengundi dsitu. umno boleh merencanakan dengan mudah waktu ini dalam masa 6 bulan mereka sudah siap sedia untuk bertanding. pembangkang masih terkial kial menyiapkam kerja kerana kekurangan sumber manusia. tolonglah wahai ahli pas, bantulah parti pas untuk bersiap sedia untuk menghadapi pru yg ke13. datang ke markas tolong mana yang patut, ringankan mulut ringankan tangan ringan minda ringankan perut, panggilan jihad sudah bermula. tinggalkan semua yg tak berapa penting diluar. tugas kita menjatuhkan umno dan barisan nasional dari putrajaya.

Ulasan