N5 tenang

N5 tenang kemungkinan besar akan berhadapan sekali dengan pilihanraya kecil. Barisan nasional dan pakatan rakyat akan berhadapan sekali dengan satu lawan satu atau tiga penjuru melibatkan parti likud yang dipimpin oleh zaid berahim. inilah waktu terbaik untuk pakatan rakyat untuk mengeluarkan manifeto baru dan menguji keberkesanan isu isu yang boleh digunakan untuk dalam pilihanraya umum yang akan datang. pemimpin pakatan rakyat perlu mengemukakan manifesto yang membolehkan semua rakyat dimalaysia menilai kembali apa yang akan dilakukan oleh pakatan rakyat sekiranya dipilih menerajui putrajaya. mengembelingkan semua isu dan menjawab segala tohmahan barisan nasional. medan ini mungkin medan terakhir buat pakatan rakyat untuk mengemaskini apa kehendak rakyat marhaen yang semakin menjerut leher dan menahan keperitan hidup.

denyut nadi rakyat marhaen perlu dirasai oleh semua pemimpin pakatan rakyat. begitu banyak isu yang membolehkan rakyat mengalihkan sokongan terbuka kepada pakatan rakyat. pakatan rakyat perlu hadir dengan lebih gagah waktu begini. jelaskan kepada rakyat bagaimana untuk mengajar barisan nasional. dikubu kuat musuh pasti ada kelemahan yang boleh digunakan untuk menjatuhkan musuh. musuh lebih bersantai dikubu kuatnya. pemimpin pakatan rakyat perlu turun ke dasar minda rakyat marhaen bukan lagi hanya berlegar di sekitar minda cetek. gunakan masa yang ada untuk membuat segala eksperimen dimana lemah dan gagahnya umno dan dimana kuat dan lemahnya pakatan rakyat. bijak mengatur strategi dan bekerja kuat demi menjamin kemenangan pakatan rakyat. heret keegoan umno ke dasar. bangun semua perjuang waktu berjuang kembali sudah berbunyi. lupakan segala masalah kecil. buang dulu perasaan terasa hati, rapatkan kembali apa yang terlonggar.

kita perlu berjuang demi agama kita, bangsa kita anak cucu kita dan demi tanah air yang tercinta. umno bukan perjuang semua itu mereka berjuang untuk anak tekak dan perut mereka. kita humbankan umno dengan segera agar mail sabri boleh bertanam sayur ditepi rumahnya dan mulai merasa keperitan hidup dengan membayar tol sendiri, mengisi minyak dengan duit poket wang pencen. bukan mengisi minyak kereta dengan menggunakan kad yang ditrarah dari duit rakyat marhaen. hantar kesegera nazri bangang yang penuh dengan kepala taik dan pastikan pemimpin umno merempat untuk mereka kembali hidup sebagai manusia normal bukannya manusia yang hidup senang lenang diatas jerit perih rakyat yang dipaksa membayar pelbagai cukai. dari cukai pintu, saman ekor yang tak pernah surut, berjuta manusia akan muflis apabila saman ekor diteruskan oleh umno durjana. makin ramai manusia akan musnah dengan perlaksanaan baru sistem yang dibangunkan oleh syarikat swasta yang mana lebih mementingkan keuntungan bukan bersifat berperi kemanusiaan. setiap hari rakyat malaysia akan berhadapan dengan saman ekor. semakin banyak saman ekor dibuat semakin banyak syarikat ini membuat untung.

N5 tenang semoga rakyat beroleh ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian. selepas umno dan barisan nasional ditumbangkan. tenang perlu dijadikan pemangkin untuk pakatan rakyat untuk terus memberikan tekanan kepada umno dan barisan nasional. selepas parlimen dijadikan kandang kerbau untuk berkubang oleh pandikar amin dan nazri bangang. apa lagi yang akan dijadikan umno tempat mereka berkubang. detik undi 2/3 kembali mereka perolehi dan jika suara keramat tenang dihantar bermakna mereka akan terpaksa berfikir kembali dengan perasaan manusia bukan berfikir sebagai haiwan yang tiada akal. hentikan segera tindakan kejam umno kepada rakyat malaysia. dan telah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berjuang sehingga dijemput pulang. jangan mati celaka biarlah kita mati mulia walaupun diatas katil. kerana takdir allah tiada siapa mampu mengatasinya. berlapang dada teruskan perjuangan kerana terasa pedih dihati tetap berlaku sepanjang kita hidup bernafas diatas dunia.

Ulasan