N5 tenang - umno berkocak dalam tenang

desas desus untuk memilih mazlan aliman dijadikan calon N5 tenang tak akan menjadi kenyataan kerana mazlan aliman sendiri menafikan akan dipilih. dan beliau sendiri mahu calon anak tempatan bertempur dengan barisan nasional. pas johor terutama dikawasan dun tenang tak pernah ketandusan calon untuk diketengahkan. di labis pas masih mempunyai ramai calon untuk diketengahkan. masih panjang lagi masa yang diberikan oleh spr. atas dasar apakah spr memanjangkan tempoh dun tenang menjadi kosong. apakah agenda spr yang mahu dimainkan oleh barisan nasional yang mahu ditunggu oleh spr. apakah spr sudah tahu yang umno johor belum bersedia untuk berhadapan dengan pembangkang di dun tenang. apakah tenang tidak setenang yang dijangkakan oleh umno luar johor. apakah umno johor berada dalam keadaan tidak tenang atau ada perebutan yang perlu diselesaikan sebelum berhadapan dengan pembangkang di dun tenang walaupun dah berkurun umno beraja di situ.

perlantikkan mb johor sebagai pengarah pilihanraya sebagai bukti apakah ada agenda yang mahu dimainkan oleh muhyidin. yang mana biasa umno memilih tpm sebagai pengarah pilihanraya kecik dimana jua ia berlaku. tapi kali ini tpm muhyidin yang asal dari johor memilih ghani othman untuk menjadi pengarah piliharanya. apakah muslihat muhyidin kepada ghani yang nampaknya tersekat kenaikannya. masa yang diberikan oleh spr begitu lama tak seperti prk kecik yang lain. terlalu lama masa yang diberikan oleh spr kepada umno johor. apakah felda sudah tak menjadi peti selamat undi kepada umno. apakah bonus yang diumumkan oleh pm kepada peneroka felda belum mampu melembutkan hati pengundi felda di tenang seperti mana lembutnya hati pengundi felda di hulu selangor. kalau pembangkang menang di hulu selangor kita akan kalah kembali dengan penghijrahan mp hulu selangor kepada parti kita bukannya komponen pakatan rakyat. parti kita adalah longkang umno untuk mengalirkan benda benda busuk kepada umno dan barisan nasional. nasib baik kita kalah semasa berlaku pertandingan jangan kalah sebagaimana kalahnya kita di dun perak, di kulim di penang, banyaknya mp celaka yang berhijrah dan kita kalah lagi disitu.

walaupun siapa jua calonnya di dun tenang. semoga pas dapat memberikan satu nama calon yang boleh menyenangkan kerja kerja kempen. tak perlu bertahan tetapi perlu menyerang dari awal sampai ke akhir. jangan sampai pakatan rakyat perlu bertahan sampai saat akhir. membetulkan paip rosak sesungguhnya amat susah. bocor tetap berlaku. sampaikan berlaku kebanjiran isu. empangan yang dibina pecah dan akhirnya pembangkang kalah terduduk dan terlentang akibat permainan yang salah diatur. pembangkang perlukan ketenangan untuk menang ditenang. dan ketenangan akan membawa kejayaan kepada pembangkang. kocakan umno akan menjadi riak. peneroka felda bukan lagi tempat selamat bagi umno. umno akan terus bermimpi jika masih menganggap felda adalah tempat selamat bagi mereka. kalau undi pos mungkin masih lagi berlaku peti simpanan undi di felda umno dah boleh berura ura untuk mencari tempat selamat utk bertanding. umno pun bukan konfiden sangat lagi difelda. walaupun usop noor datang membawa hadiah pasti ada hadiah untuk diberikan oleh peneroka kepada usop noor yang banyak membalun membelasah memperakperadakan felda. banyak duit felda dihabiskan oleh usop noor dalam mengkayakan kroni dan umno sendiri. terjual felda adalah dibawah menteri yang sudah terbukti membaham duit zakat untuk membeli bas. kalau duit zakat pun dia balun apakah duit felda selamat dibawah jagaanya? tepuk kepala peneroka nanti.

Ulasan