N5. Tenang - Gembelengkan Tenaga DPP

Pas sepatutnya turun di n5 tenang dengan barisan terkuat. setelah dpp telah diiktiraf menjadi sebahagian daripada sayap pas ini bermakna dpp mempunyai tanggungjawab yang sama dengan sayap yang lain. inilah masanya untuk pas terus maju kehadapan untuk memastikan N5 Tenang berada dalam gengaman pas. dalam dpp terdapat pelbagai kaum terutama cina dan india. dengan kapasiti ahli berjumlah 20 ribu ini bermakna pas sudah mempunyai kapasiti tenaga kerja yang cukup untuk memastikan manisfesto pas dapat dihantar dengan jelas ke akar umbi rakyat n5 dun tenang yang masih gagal memahami siapa itu pas. tanggungjawab memperkenalkan pas kepada kaum bukan melayu dan bukan islam sudah tergalas di atas bahu DPP.

dengan keupayaan dari segi bahasa dan lughah pertuturan akan mampu dihantar dengan jelas oleh dpp kepada pengundi n5 dun tenang. dulu pas sering berhadapan dengan masalah bahasa dan juga masalah adab dan cara hidup bukan melayu dan islam. kali ini tugas ini akan lebih mudah dengan membawa pekerja pekerja dari dpp yang boleh berbahasa kaum bukan melayu dengan fasih dan mampu berkempen dengan lebih baik daripada bangsa melayu pergi berkempen di kawasan bukan melayu dan bukan islam. suasana kali ini perlu berbeza dari tahun mac 2008. tenang tak akan tenang buat umno dan sekutunya mca dan mic. dpp akan berkempen dikawasan bukan islam dan bukan melayu. biarkan dpp berkempen dengan cara mereka dan biarkan mereka mengatur strategi yang mana mereka lebih mengetahui apa yang boleh mempengaruhi bangsa mereka sendiri. melayu tak tahu apa yang india mahu dan cina tak tahu apa yang melayu mahu.

apabila dpp dah menjadi sebahagian daripada pas bermakna mereka juga berhak berjuang bersama sama dan bermandi peluh bermandikan embun diwaktu malam. bintang bintang akan menjadi peneman sejati dikala malam. dpp perlu berhadapan dengan mca dan mic disini. dpp hendaklah berfungsi dengan cepat tangkas dan bijaksana. apa jua isu yang menyentuh kaum bukan melayu dpp hendaklah lebih kedepan dalam menanganinya. kita tahu bahawa dpp masih lagi muda dan memerlukan pendedahan untuk terus maju dan berfungsi dengan baik kepada pas. dengan cara ini dpp makin lama makin berpengalaman dalam menguruskan strategi untuk berhadapan dengan mca dan mic. pas percaya bahawa dalam dpp terdapat kaum bukan melayu intelek yang sudah bersama dan percaya dengan perjuangan pas. dengan ada kaum bukan melayu yang intelek sudah pasti kerja kerja kempen akan menjadi lebih mudah kerana berkempen dengan bahasa mereka bukan menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris.

dpp yang baru dibentuk akan mengalami masalah miss comunication antara satu sama lain. jika ini tidak diberi peluang sampai bila dpp tak akan dapat berhadapan dengan barisan nasional. biarkan mereka dahulu dan disamping itu mengajar mereka beberapa tektik yang boleh diubah suai dan boleh diguna pakai dalam menghadapi parti qhorun. dpp akan berhadapan dengan masalah utama adalah dari segi kewangan. pas tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk diberi kepada dpp. dpp perlu hidup sendiri sebagaimana sayap lain hidup bersendirian tanpa bantuan dari pas. dpp perlu merasai perit jerih susah payah lapar dan dahaga dan juga kekurangan dari semua segi dalam berhadapan dengan barisan nasional. umno dan barisan nasional adalah musrikin mekah yang mana mereka kaya raya dan mewah dalam berjuang. semua pekerja dapat tidur dihotel dan bukan sebagaimana pekerja parti pas hanya berbumbungkan langit dan berbantal kan bumi.

dpp pasti akan merasai semua ini bila bersama pas. mereka akan merasai pahit maung perjuangan pas dalam memperjuangkan semua bangsa dan agama di malaysia. pas bukan parti qhorun yang mana pemimpinnya adalah mewah semuanya. ada pemimpin pas yang tak mampu pakai kereta baru sepanjang hayatnya. ada yang datang hanya menumpang lori ayam tapi tetap datang untuk bekerja demi parti islam. ada yang pulang menaiki bus selepas bekerja untuk parti. tiada tuntutan elaun perjalanan. datang duit poket sendiri untuk berjuang bersama sama ahli pas di negeri yang sedia ada. dpp perlu merasai semua ini sebelum mereka boleh mengaku yang mereka sudah berjuang dipihak pas. perlu merasa sakit bila berhadapan dengan samseng taik kucing umno, samseng taik itik india dan samseng tahik minyak cina dan yang paling sakit adalah dihumban kedalam lokap polis kerana mempertahankan pas sewaktu musim berkempen berlangsung. semua ini akan menjadi pengalaman yang berharga buat dpp. dan apabila mereka semakin matang nercaya pas akan lebih mudah untuk mengatur strategi dan menawan kubu kuat barisan nasional dengan mudah. jangan hanya datang membawa kamera dan mengambil gambar gambar untuk dimuatkan dalam blog. datang untuk berjuang demi anak cucu rakyat malaysia yang sudah lama dizalimi oleh barisan nasional.

Ulasan

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam

Catat Ulasan