merenung N5. Tenang

perjuangan menentang umno sudah kembali dan kali ini bertumpu di kawasan kubu kuat umno di johor. ditanah tumpah tempat umno dilahirkan. labis kubu kuat uncle chua porno, kawasan ini diwakili oleh anak chua porno kerana krisis video lakonan uncle chua. kawasan n5 tenang dipenuhi dengan kawasan felda sebagaimana kawasan hulu selangor dulu dan galas yang dipenuhi dengan orang asli. kawasan ini merupakan peti simpanan selamat bagi umno. apakah sejarah lama di hulu selangor akan berulang kembali. kali ini beban kurang sedikit terpikul kerana ini kawasan kubu kuat umno sejak zaman dinasour lagi. cuma perubahan undi telah berlaku semasa mac 2008. pengundi cina dan india sedikit sebanyak telah beralih arah untuk mengundi pembangkang terutama pas dikawasan ini.

kepentingan rakyat marhaen perlu diberikan keutamaan oleh pihak pemimpin pembangkang. ini mungkin medan terakhir untuk menguji keberkesanan strategi dan penerimaan rakyat kepada pakatan rakyat. felda akan sinonim dengan umno dan simpanan tetap undi kepada umno. tapi jangan lupa pas pernah menang di terengganu dengan pengundi pengundi dari felda. orang orang felda bisa berubah bila bila masa. jangan anggap orang felda sebodoh dan sebangang adukatarakguna yang menganggap orang felda tak berakal. felda boleh menjadi tempat yang subur untuk pembangkang memenangi sesuatu kerusi dun dan parlimen. apakah faktor yang membolehkan penduduk felda yang mana boleh berubah sama sekali dari menyokong umno dan barisan nasional kepada menyokong pakatan rakyat. pakatan rakyat perlu membuka minda dan mata seluas luasnya untuk menakluk felda dan memastikan n5 tenang tenang dan damai dalam pelukan pakatan rakyat.

walaupun umno dikatakan mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kembali dun ini bersama mereka. work smart not just work hard pasti pas boleh bergembira untuk menawan n5 dun tenang. apakah kali ini calon yang sama akan dicalonkan atau anak felda yang menubuhkan anak untuk berjuang demi warga penduduk felda. apakah mazlan aliman akan dicalonkan dalam n5 dun tenang. apasalahnya mencubanya. mungkin ini menjadi pemangkin kepada pas johor untuk terus mengembelingkan tenaga untuk terus mencabar kekuatan umno yang semakin goyah sekarang. pas sudah bertapak dijohor. mac 2008 pas sudah mencalar rekod bersih umno di kubu dan tanah lahir umno. apakah dun tenang, setenang yang kita sangkakan. mungkin ia berkocak teruk didasar. umno akan pasti turun dengan segala lampu aladin dan santa claus untuk terus memancing undi dari pengundi dun tenang. segala bentuk rahmat akan diberikan. you name it you got it.

muhyidin pasti akan berhabisan dan bergolak bergadai memastikan imej tpm tidak tercalar. jika rekod ini tercalar bermakna hayat muhyidin sebagai tpm sudah boleh dikira expired. muhyidin pasti tidak akan membenarkan ini terjadi dalam negeri ini. kekuatan umno mungkin hebat disini tapi belum tentu mereka tidak mempunyai kelemahan langsung. imej johor sebagai kubu kuat umno sudah tidak relevan lagi diwaktu ini. tumpuan untuk memancing undi di dalam felda perlu digerakkan dengan segera. pilih calon yang tidak yang tidak memberikan kita banyak masalah sebagaimana calon pakatan rakyat di hulu selangor. masa banyak dihabiskan dengan menjawab fitnah dan serangan umno. pastikan imej calon ini bersih dan hebat. jangan sampaikan terpilih pemimpin parti likud berulang kembali. letih masih terasa sampai ke hari ini. ditambah dengan perangai yang memualkan bertambah penat jadinya. pastikan bulan purnama mengambang di n5 tenang dan pastikan uncle chua terus berlakon lagi.

Ulasan