kerajaan selangor akan tumbang - khusrin dihantar masuk

kerajaan selangor dibawah pimpinan khalid akan berhadapan dengan lebih banyak masalah dengan perlantikan khusrin sebagai suk yang baru bermula pada tarikh 2011 januari. khalid akan berhadapan dengan lebih banyak karenah dengan pegawai pentadbir dibawah kelolaan khusrin. setelah banyak menjalankan agenda umno diselangor dengan mengkucar kacirkan pentadbiran islam dibawah exco agama hassan ali, sebagai mengenang jasanya berjaya membuat jabatan agama menjadi cacamarba, umno memperolehi satu lagi talian hayat yang lebih berkuasa dari yang ada sekarang. oleh kerana perlantikan barua umno adalah dari kerajaan persekutuan tugas tugas khalid dalam menerajui kerajaan pakatan rakyat semakin sukar. setelah mendapat mandat dari rakyat selangor khalid akan dibebankan lagi untuk mengawal karenah khusrin. umno berjaya menghantar dato suk yang baru yang mana sudah nampak keumnoannya. khusrin akan bertindak sebagai mata dan telingan bercampur dengan tindakannya akan menampakkan kerajaan pakatan rakyat yang tidak effisien dan kurang bersedia memerintah.

khusrin akan lebih bersedia membekalkan maklumat terkini kepada umno selangor yang sudah kehabisan idea untuk menawan kembali selangor dari pakatan rakyat. umno berjaya mempeolehi nafas baru. ingatan pakatan rakyat kepada penawanan perak dari pakatan rakyat adalah hasil usaha sama suk perak yang terlebih umno dari orang umno sendiri. dengan perlantikan khusrin, pakatan rakyat akan berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan tentangan dari dalam dan menyusahkan menteri besar dan exco dalam menjalankan kewajipan mentadbir negeri selangor. apakah ini satu usaha umno untuk menawan selangor seperti mana mereka melakukan di perak. segala tumpuan usaha umno untuk menawan selangor secara jantan dan tertutup kerana rakyat selangor dah tahu segala tipu helah dan kejahatan umno dalam menjahanamkan khazanah negeri selangor yang melimpah ruah.

dan tidak mustahil kerajaan pakatan rakyat akan tumbang sebagaimana tumbangnya kerajaan pakatan rakyat di perak. segala masalah kerajaan selangor akan menjadi tajuk utama akhbar media massa umno. pembocoran maklumat akan berleluasa kerana khusrin akan lebih banyak mengeluarkan arahan arahan yang bercanggah dengan kerajaan pakatan rakyat. setelah mb selangor bekerja siang dan malam selama 24/7/365 bermakna dengan kemasukan khusrin, khalid akan terpaksa bermalam di pejabat mb. segala tindakan dan usaha mb selangor akan diketahui dengan cepat oleh umno. segala keputusan mesyuarat exco akan cepat diketahui oleh umno dari pemimpin pakatan rakyat. begitu bijak umno memainkan jarumnya dengan menghantar pegawai bermasalah ke dalam negeri. oleh kerana khusrin mampu menjadi lembu umno ia dihantar kerana apa jua di perkatakan orang khusrin dengan bodoh dan selamba je. tak ada kesal pun walaupun mengkhianati kerajaan pilihan rakyat selangor. pegawai tadbir diplomatik diurus oleh kerajaan persekutuan dan ini akan menyebabkan selangor tak ada kuasa untuk menghantar pejawat awam yang liberal. bekerja utuk negara bukannya bekerja untuk umno.

dan tidak mustahil segala rahsia kerajaan selangor akan mudah didapati dimana mana. dikedai kopi, di tampal di tiang tiang. di batang pokok dan juga segala benda yang mudah terlihat oleh orang ramai. kerja kerja bangang khusrin akan bermula pada 1 januari 2011. sungguh hebat permainan apco yang diakui oleh nazri bangang yang mengatakan memang umno memakai apco untuk membaik pulih imej kerajaan yang sudah buruk dimata rakyat. dengan senang sahaja kerajaaan pakatan rakyat akan tumbang diselangor sebelum pru yang akan datang. tanpa perlu bersusah payah dengan berkempen umno boleh merampas negeri selangor sebagaimana mereka merampas perak dari pakatan rakyat. segala tindakan melanggar undang undang tak ada dalam kamus umno. mereka boleh buat apa saja dimalaysia. undang boleh dipinda dan dilanggar selagi boleh walaupun dipertikaikan oleh rakyat malaysia. apa saja halal buat umno asalkan dapat memerintah malaysia. kerajaan selangor perlu lebih mengawasi tindakan khusrin. kalau tak menjaga dengan betul mangkuk ni bermakna selangor akan kembali ke pangkuan umno celaka.

Ulasan