
parti yang tidak pembangkang dan kerajaan ini akan mula menjelajah malaysia untuk memberikan penerangan kepada rakyat sekaligus menarik sokongan yang lebih ramai dari parti lain yang terdapat dimalaysia. parti yang mewakili 280 orang ini akan membesar 200 kali ganda dalam masa beberapa bulan. apakah adukatarakguna tak berminat dengan parti ini. tulangbesi pun amat hebat jika menganggotai parti kita. parti kita amat memerlukan pemikir pemikir agung seperti adukatarakguna, OneG, fakaq, tulangbesi, penarikbeca dan ahli ahli mesyuarat tingkap barbican. parti kita masih lagi bersih lagi dari rasuah korupsi, gila kuasa, kronisme dan akan mampu mencabar kewibawaan parti pembangkang lain terutama dap pas dan pkr. apakah mereka ini tidak berminat dengan parti yang luarbiasa bersihnya. tidak lagi terpalit dengan rasuah, kronisma dan boleh membentuk parti yang benar benar mengikut acuan yang mereka kehendaki. parti kita mesti bersih dan mengikut agenda perjuangan rakyat yang mereka laungkan.
akar perjuangan parti kita telah digarap dengan baik oleh presiden baru parti kita. perjuangan yang memenuhi selera pemikir pemikir agung. apa diharapkan kepada pas, pkr dan dap yang penuh dengan sifat dendam, tidak tunduk kepada kehendak maulana maulana. lemah dalam merancang strategi untuk menang. lambat bertindak dan amat perlahan dalam mempertahankan rakyat. kebanyakan pemimpin pas lembap dan tidak secekap mereka dalam melontarkan idea. parti kita boleh memungut derma dengan cepat kerana ia adalah untuk kepentingan parti dalam usaha merencanakan perkembangan parti kita. apakah ini tidak menarik minat pemikir pemikir agung. pati kita akan membesar dan akan dapat mengambil putrajaya dengan cepat atau boleh memerintah negeri sembilan. segala pemikiran dan strategi yang hebat hendaklah diterjemahkan dalam parti kita. bukan parti orang lain parti kita, kitalah yang punya parti ini. kegemilangan parti kita akan bergemerlapan sebelum pru yang akan datang dan akan kojol baham tanah selepas pru kerana kerana kekurangan sumber dan akhirnya menyembah barisan nasional kembali.
Ulasan
Catat Ulasan