felda makin cepat bungkus/bangkrapsi

sebelum melangkah ke tenang, usop noor pengerusi felda di buang keluar. sampah sarap usop noor tinggalkan di felda akan disambung oleh seorang lagi bekas mb negeri sembilan yang telah didapati bersalah menggunakan politik wang. kalau dalam umno pun isa samad yang berbini muda menggunakan wang untuk membeli undi perwakilan maka tak mustahil dalam felda akan menjadi tempat isa samad melunaskan dendamnya. dah lama kroni isa samad tak mempunyai hasil. dengan perlantikan isa samad sebagai pengerusi baru felda bermakna masalah tadbir urus selia felda makin berkecamuk. setelah membalun membaham khazanah nogori sembilan isa terlempar keluar dari kepompong umno. isa samad akan menjana wang kembali dengan menjawab jawatan pengerusi felda.

maka felda akan lebih bermasalah selepas peninggalan usop noor. setelah felda dah kekeringan dana wang akibat perbelanjaan luar kawalan oleh usop noor maka felda akan makin cepat mampus. legasi usop noor akan menjadi kenangan dan sejarah kepada tanahair. felda yang begitu kaya raya akhirnya menjadi papa kedana oleh kebijaksanaan usop noor mentadbir felda. dari syarikat konglomerat yang terbesar didunia menjadi cacamerba dan dibimbangi akan menjadi syarikat papa kedana sedikit masa lagi. tak ada satu syarikat yang berjaya dikekalkan oleh umno kerana terlampau boros berbelanja dan menjahanamkan harta felda. kroni menikmati kekayaan luarbiasa dan peneroka yang menerima balanya. setiap tahun peneroka hanya beroleh tulang dari penat jerih dan pekerja felda menikmati bonus berganda ganda tanpa perlu berhadapan dengan masalah tulang empat kerat yang semakin meremput kerana dijengah usia. pengerusi terus membedal bonus dan apa saja untuk dimasukkan kedalam tabung masing masing.

kekayaaan pengerusi felda dengan menikmati tangga gaji yang mahal dan elaun dan beberapa kemudahan lain yang membolehkan pengerusi hidup senang lenang diatas penat jerih peneroka felda. pengerusi tersenyum dalam tidur peneroka menangis dalam tidur mengenang nasib anak anak yang kelaparan. sekatan demi sekatan diberikan kepada peneroka sampaikan hidup terpenjara di bumi sendiri. dinafikan hak memilik walaupun dah menguasahakan tanah felda berpuluh puluh tahun. hidup ibarat menjadi hamba kepada tuan yang zalim dan korup. silap langkah akan dihalau keluar dan tanah akan dirampas tanpa perlu ada apa apa alasan. kekejaman felda kepada peneroka dah berzaman dilalui oleh peneroka. hidup terus berjuang yang mana semangat melawan tinggi dan menikmati pelbagai ugutan dan ancaman dari felda. orang diluar dengan senang hati menuduh peneroka tak pandai mengundi. tak pandai memilih, apakah orang luar tahu kesakitan peneroka, susah senang, masa nk dptkan undi semua boleh merayu dan berkempen, selepas menang ada ke mereka ini kembali ke felda menengok kembali suasana mereka selepas pilihanraya.

jangan bicara hal perjuangan jika tak sanggup melaluinya. tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai yang berada diluar kepompong felda. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. apa akan jadi jika mereka mengundi pembangkang dan apabila pembangkang menang mereka akan dihalau keluar dari tanah rancangan felda apakah pihak pakatan rakyat mengambil tahu kehidupan mereka selepas prk berlaku atau pru berlaku. pasti yang menerima azab sengsara adalah peneroka felda. mereka bukan pengecut dan bacul sebagaimana papagomo dan saidi bangang yang boleh beradu lena di katil empuk yang dibeli oleh umno. kehidupan susah mereka tak siapa ambik peduli. yang menuduh kembali tidur di katil dan boleh bermimpi indah dan peneroka kembali bermimpi ngeri. isa samad akan menjadi lambang kezaliman yang akan lebih hebat dibawah pemerintahannya. tengokleh nogori bagaimana isa samad menternak babi tanpa perlu takut dan gentar dengan ancaman dari pakatan rakyat.isa samad akan lebih keras kepada musuh musunya. isa samad sudah berbini muda dan jiwa mudanya akan meresap kedalam organisasi felda. dan mungkin jiwa muda isa samad akan mempercepatkan felda terus merudum mampus.

Ulasan