chegu bard pejuang atau pertualang

chegu bard menolak perlantikan sebagai timb sua. anak muda yang hebat disanjung oleh segenap lapisan penyokong pkr. diagungkan menjadi ketua samm setelah berjaya menganjurkan konvoi terbesar dalam sejarah pematang pauh. atas dasar prinsip menolak segala jawatan dalam pkr kerana chegu bard mendakwa ada penyelewengan dan penipuan dalam mengira undi. bila menengok kepada apa yang menjadi prinsip chegu bard bolehlah dibanggakan. tetapi bila memandang dan merenung, rupanya chegu bard menjadi salah satu perosak parti pkr. jika kita menolak segala apa yang pkr bagi bermakna kita sudah tidak sehaluan dengan parti. walaupun menolak berdasarkan prinsip, dalam politik benda yang tak sewajarnya berlaku adalah mendedahkan rahsia parti, mungkin ada sebab kenapa sua menolak segala aduan kerana berdasarkan apa jua merit yang dilakukan. chegu bard perlu bijak menilai suasana dan ketika untuk meluahkan prinsip yang terkandung dalam dirinya

dari segi keberanian, disepak polis, makan asap, bertempur secara jalanan, lantang bersuara maka chegubard boleh diangkat menjadi epik baru menggantikan ezam yang sudah kembali menjadi bapuk sebagaimana dia menjadi bapuk semasa study dulu. orang yang berbangga dengan diri sendiri tidak akan lama berjuang kerana dia akan merasakan dia mempunyai ramai pengikut dan boleh melakukan penawaran kuasa kepada parti. akhirnya chegu bard akan mengundur diri dari pkr dan menyertai umno. dalam politik tidak ada yang mustahil. suka kepada sanjungan dan akan cepat lupa diri dan percayalah sifat begini tak perlu bagi seorang pejuang. dia akan berjuang tanpa perlu bertelingkah dengan ketua. setiap hari chegu bard hanya pandai mencari kesalahan pkr dan bukannya membaikinya dan membaik pulih parti itu setiap hari tapi setiap hari akan menebuk lubang agar pkr cepat karam. perbuatan ini secara tak langsung akan mengundang lebih banyak mala petaka dari kebaikan. kenyataan media beliau jelas menggambarkan kekecewaan beliau tentang kekalahannya dan mengungkit apa janji sua. sua akan menjadi tempat serangan kepada musuh dan ahli pkr.

hentikan segala polemik bodoh dan bangang ini, jika kita merasa diri kita hebat sangat, berjuanglah disatu parti yang boleh memuaskan semua nafsu jahat kita dan percayalah tak semua orang akan berpuashati kepada apa jua jenis parti didalam dunia. jangan jadi bodoh dan bangang tak bertempat. berjaya menganjurkan konvoi belum tentu yang menyertai konvoi adalah penyokong dan akan mengundi parti pkr. apakah chegubard dah selesaikan daftar pemilih ahli ahli konvoi atau hanya menjadi ahli konvoi bukannya ahli mengundi untuk pkr. kalau hanya pandai menganjurkan konvoi parti pkr tetap lesu tak ada gunanya. jadi seperti zaid berahim tak puashati pada pkr, dia beli parti akim dan tukar hakmilik menjadi parti kita. dan aku percaya ada ahli parti kita tak akan bersetuju dengan tindakannya. jangan hanyut dibuai populariti, jangan terlalu ghairah berpolitik sampaikan lupa apa yang diperjuangkan. perjuangan politik tak semudah menganjurkan pesta konvoi.

walaupun ramai blogger memuji chegubard aku sama sekali tak bersetuju dengan prinsip dan apa jua tindakannya. tindakan dia memberikan amaran kepada sua pkr bermakna dia akan melakukan tindakan luar jangka iaitu keluar parti atau menyertai parti kita atau kembali kepada umno. prinsip yang diperjuangkan oleh chegubard begitu disanjung tinggi oleh pendewa pendewanya. tak ada cacat cela dengan prinsip chegubard. menjadi kumpulan pendesak tanpa mengetahui apa akan terjadi kepada parti adalah tindakan tidak wajar sama sekali. mendesak aje kerjanya kerana itulah naluri anak muda. memang anak muda merasakan diri mereka hebat tapi tanpa pengalaman mereka akan kehilangan arah dengan mudah. yang pasti chegubard akan keluar pkr jika apa yang dia inginkan tak tercapai. dan percayalah bahawa ini perjuangan sebenarnya chegu bard. timbul tanda tanya andai kata dia menang dalam permilihan pkr baru baru ini apakah dia akan berprinsip seperti ini atau tunduk dan menyembah bumi...

Ulasan