apakah MP pkr akan melompat lagi?

gobola ahli mp padang serai apakah berkemungkinan akan melompat keluar parti sebagaimana zulkulim@firaunbesar keluar parti dan mengkritik dan juga sempat berbuat fitnah kepada nuar berahim. setiap kali ahli mp pkr nak keluar parti pasti akan ada kutukan dan cercaaan kepada nuar berahim sebelum keluar parti pkr. kali ini gobala atau go bala akan keluar parti pkr jika tiada tindakan dari pkr sebagaimana ahli mp yang lain. mungkin tawaran belum lumayan sebagaimana firaun besar mendapatkannya. setiap orang ada harganya. makin banyak maki nuar berahim dan sanggup fitnah nuar berahim semakin mahal harga orang yang keluar parti itu. kalau sedikit je caci maki dan fitnah ala kadar je pasti harganya lebih murah daripada yang mengutuk nuar berahim siang dan malam sebagaimana ejam melakukannya sekarang. siang malam ejam dapat duit hasil kerja beliau yang bersungguh siang dan malam mencerca dan menyebarkan berita berita fitnah kepada nuar berahim.

go bala akan keluar parti jika nuar berahim yang dianggap pilih kasih sebagaimana rancangan tv rosyam nor. nuar berahim tak memandang langsung kepada go bala walaupun dah berjuang sebelas tahun bersama pkr. kalau calang calang orang dah lama lari. mungkin sekarang dah senang lenang akibat perjuangan mereka bersama barisan nasional. setiap kali mp pkr nak keluar parti, ucapan pertama adalah keburukan nuar berahim. dulu duk puja siang malam. berjuang atas nama keadilan, keadilan untuk nuar berahim. go bala yang kenyang makan sepak terajang polis, baju koyak rabak dalam bertempur dengan polis akhirnya mengambil keputusan mengkritik nuar berahim. sebelas tahun akan menjadi sia sia jika go bala akan keluar dari pkr dan menjadi ahli mp bebas sebagaimana firaun besar. zul firaun dah menjual segalanya kepada umno dan berharap akan dipilih lagi menjadi calon kepada umno dalam pru yang akan datang. itulah harapan zulfiraun. oleh kerana masa semakin hampir tiada jalan lain selain dari terus mencerca nuar berahim dan mendapat harga makin mahal kalau dijual. dan tak mustahil akan berlaku perjualan.

nuar berahim menjadi penyebab ketidakstabilan pkr. go bala dah memulakan serangan pertama walaupun diberi amaran oleh jawatankuasa pkr. bila ahli parti sudah tidak mahu mematuhi arahan parti apakah masih mahu kekal disitu atau keluar mencari tapak yang lebih baik. perjuangan untuk perut akan bermula. semua berubah bila mendapat jawatan. makin hebat membelasah sesama sendiri, setiap hari membuka keaiban dan pekung yang bernanah dalam pkr. pkr yang hebat sudah dimusnahkan perlahan lahan oleh ahli parti pkr sendiri. jika ini berlaku bermakna pkr juga akan mengalami nasib serupa dengan parti s46. tinggal dalam lipatan sejarah walaupun hebat di awal permulaan garisan. sikap tak sabar ahli ahli mengundang bahaya kepada parti. berapa ratus ribu ahli pkr yang tak membayar yuran ahli gamaknya. go bala pun tau yang surendren tak mendaftar jadi ahli pkr sedangkan go bala bukan setiausaha agung pkr. apakah go bala teringin nak jadi SUA pkr setelah lama berjuang sampai tanggal seluar. apakah akan berlaku perebutan kuasa bila kerajaan 16 september terjadi? kerajaan keagungan albakistani dan penyokong pas reform. nasib baik tak sign kalau sign pasti ada yang keluar dan kerajaan jadi kerajaan cacamarba jadi kerajaan 69.

Ulasan