Pas perlu tawan Putrajaya

sejak akhir akhirnya ramai penyokong, ahli pas, condong kepada pas semasa memangkah dah mulai bersuara mengkritik kerajaan pas sendiri, begitu juga diakhir akhir pemerintahan pas di negeri terengganu, suara sumbang mulai kedengaran. sekarang suara suara yang menyanyikan lagu sumbang pemerintahan pas dikedah mulai kedengaran dan makin nyaring dalam suasana yang mungkin hampir kepada pilihanraya umum. apa perlu pangkah pas kalau pas sama je meneruskan legasi umno dalam pentadbiran kerajaan negeri. ahli pas berdemo kepada kerajaan yang telah diangkat kerana melahirkan perasaan tidak puashati kepada kepimpinan kerajaan negeri. pemimpin pas mulai dijadikan puching bag. ditumbuk dimana mana yang lemah untuk memudahkan umno kembali memerintah di kedah. kerajaan pas kedah mungkin akan tumbang sepertimana kerajaan pas terengganu.

semua ahli pas dan penyokong pas yang bekerja bermati matian dalam setiap prk atau pru tentu merasa puas bila kita semua dapat menjatuhkan kerajaan umno didalam negeri yang sudah berkurun umno memerintah. kita amat gembira sampai tak tidur meraikan kemenangan pas mengambil alih tampuk pemerintahan dari umno. beratus ratus ekor lembu tumbang meraikan kemenangan pas. bukan sahaja ahli pas dan penyokong pas bergembira penyokong umno pun turut bergembira kerana ini peluang mereka mengambil alih kepimpinan umno negeri dari mereka yang sudah reput dipuncak kuasa. pas menang rakyat senang. dalam usia pemerintahan yang begitu muda kenapa ahli pas dan penyokong pas mulai memperkatakan kepimpinan pas yang diberi peluang untuk memerintah negeri dibebankan dengan tohmahan dan tuduhan jahat dan permainan propaganda umno berjaya mencucuk minda dan mata penyokong dan ahli pas.

pemerintahan pas dan umno tiada bezanya. apakah betul tiada beza langsung? kita berada dalam satu negara yang mengamalkan semangat federalisma yang mana yg berkuasa penuh adalah kerajaan persekutuan. penyokong pas dan ahli pas kena faham, umno memerintah malaysia sudah 50 tahun, apakah ramai sangat ke ahli pas yang diambil bekerja dalam sektor kerajaan? kalau diterengganu hampir 90% pegawai kerajaan negeri adalah ahli umno, jadi bagaimanakah pemimpin pas dapat memerintah dengan sempurna jika 90% pegawai kerajaan negeri berfahaman umno. jika melakukan pertukaran pegawai, pegawai yang berfahaman umno juga yang datang. mereka akan melakukan apa saja untuk umno, apa yg mereka lakukan akan dikaitkan dengan kerajaan negeri, disini jarum umno akan mulai masuk kemata dan hati penyokong pas dan ahli pas. ahli pas dan penyokong pas akan mulai buta mata buta hati mulai menyalahkan kepimpinan kerajaan pas apabila nampak ada benda yang tak berubah ada yang nampak menyeleweng.

ahli pas dan penyokong pas mempertikaikan arak yang makin banyak masuk ke langkawi, apakah penyokong pas dan ahli pas lupa yang apabila satu kawasan dibebaskan cukai oleh kerajaan persekutuan bermakna kerajaan negeri tak mempunyai hak walaupun sepatah ayat. kerajaan persekutuan akan mengimport lebih banyak arak masuk ke langkawi untuk menampakkan betapa kerajaan pas kedah tak berdaya mengawal kebanjiran arak di pulau itu. mengapakah ahli pas dan penyokong pas begitu teruk sukar sangat untuk memahami kaedah pentadbiran yang dijalankan dinegeri. apalah lah kepimpinan pas kedah ni, makin pas memerintah makin banyak arak masuk kelangkawi, dulu sikit je masa umno, bila pas memerintah makin banyak lebih dari biasa. itulah cakap cakap umno yang berjaya menusuk kalbu ahli dan penyokong pas yang semakin buta dan semakin pekak. pemimpin beri penjelasan sudah tak mahu dengar, lebih suka mendengar dari mulut orang umno. pas boleh dikritik dengan keras jika ianya benar, dan jika kita siasat dulu sebelum melemparkan tuduhan kepada kepimpinan pasti perkara perkara bangang tak akan terjadi. orang yang banyak ilmu bawak kitab beratus ratus biji belum tentu faham. sebelum melemparkan tuduhan cari dulu maklumat sebenar,

kita sudah lama bersama kepimpinan pas, apakah kita lupa pada janji janji kita, apakah kita lupa pada janji kita pada allah dan rasul. apakah kita mahu menjadi satu duri yang menyusahkan jemaah kerana tuduhan kita kepada kerajaan negeri. cari dan selidik dulu sebelum berkata. memang kita manusia pasti tak akan bersetuju seratus peratus dengan orang lain. jangan kerana kita kerajaan pas tumbang oleh sebab kejahilan kita memahami sesuatu yang mana kita bukan ahli dalam urusan itu. bila tumbang kerajaan kononnya ia menjadi contoh kepada kepimpinan pas negeri lain apakah itu cerdik namanya. kegagalan kerajaan pas terengganu mempertahankan negeri terengganu dijadikan contoh agar tak berulang dinegeri lain. apakah struktur pentadbiran kedah dengan kelantan dan terengganu sama. kenapa pas pemerintahan pas kedah tak sama macam dikelantan, apakah pegawai kerajaan negeri kelantan terdiri dari pegawai tadbir diplomatik (PTD) atau di ambil kerja oleh kerajaan negeri? cari dulu maklumat baru boleh menuduh. kalau tidak kita akan bangang selama lamanya.

Ulasan

  1. Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan