kuda kuda troy berjaya bocorkan PKR

hampir 7 hari balik dari galas, suasana politik makin panas, umno boleh berbangga dengan usaha mereka selama ini, dalam usaha mereka menjahanamkan parti pkr nampaknya berjalan dengan baik dan tersusun, umno nampaknya menghantar ribuan kuda kuda troy untuk masuk kedalam pkr. zaid berahim bekas calon hulu selangor yang diterima baik oleh parti pembangkang mula membuat onar kepada parti pembangkang. nampaknya pkr masih tidak insaf insaf lagi dengan jatuhnya kerajaan perak dengan kemasukkan adun umno ke dalam parti pembangkang. sikap lunak kepada musuh terlalu hebat sekarang. semua musuh yang kononnya sudah insaf diterima baik masuk kedalam pkr. akhirnya musuh mempunyai axcess yang banyak melalui kuda kuda troy yang dihantar masuk ke pkr. pkr seolah tempat yang tiada rahsia langsung semua benda boleh diterima tanpa syak wasangka.

apa yang ditakutkan oleh pas sudah hampir terang menjadi kenyataan. tapi penulis blog akan selalu menyangkal tuduhan dan akan membalas kenyataan apabila ada pemimpin pas yang meminta kita berwaspada dengan setiap tindakan umno. umno sudah menghantar ribuan jentera ke dalam pkr dan tidak mustahil juga akan menjerat pas dan dap. ini yang dikatakan jika tak dapat dikalah secara berdepan kita hendaklah menyertai mereka. dan dengan menyertai mereka segala akan berjalan lancar kerana sikap pembangkang yang amat suka kepada penghijrahan musuh kononnya mahu bertaubat. sikap ini disokong oleh kebanyakan blog dan yang mana menentang akan menerima padahnya. penulis akan mengwar warkan dan berusaha menaikkan imej pemimpin umno yang berhijrah. apakah segala pengorbanan penulis blog berbaloi dengan usaha murni itu. pas diperlekehkan jika ada pemimpin pas yang merasa curiga kepada kemasukkan tokoh umno kedalam pembangkang.

sudah beberapa kali pkr terjerat dengan permainan umno, apakah nuar berahim sudah hilang tarian pencak silatnya sampaikan musuh dihantar tidak diketahui langsung. tuntutan zaid dan mustafa kamal bersama gobala supaya anuar berahim dan azmin ali supaya keluar pkr apakah agenda ini agenda main main. perlu dinyatakan dengan terang dan jelas bahawa mereka ini tak akan meninggalkan pkr jika mereka rasa mereka belum berjaya menebuk lubang besar didalam kapal pkr. pkr akan tenggelam lemas bersama nakhoda dan penyanjungnya tergelam lemas di lautan. dermaga perlabuhan sudah nampak dimata tapi tiba tiba tenggelam tanpa ada tsunami, gempa bumi atau letupan gunung berapi bawah air. kapal pkr tenggelam dengan tenang dan aman kerana kerja kerja menebuk lubang bagi memudahkan kapal pkr tenggelam telah dilakukan dari dalam bukannya dari luar.

umno tahu, dan mereka yakin dan percaya bahawa pkr tidak mudah tenggelam jika diserang bertubi tubi secara berdepan. apakah jalan yang terbaik dan mudah bagi mereka. jalan terbentang untuk memusnahkan pkr dan pembangkang adalah dengan menghantar bala tentera kuda troy. strategi ini mula dipraktik dengan kemasukkan adun umno diperak, berita ini disambut dengan gegak gempita oleh penyanjung kerajaan perak yang mana blog bercanggah akan dihantam tanpa belas kasihan. adun umno menyertai parti pembangkang. kerja yang payah menjadi mudah dalam masa seminggu sahaja kerajaan perak rebah berguling guling dengan adun bota berjaya menarik 3 adun pembangkang ke dalam umno dan umno boleh menubuhkan kerajaan perak walaupun terpaksa membunuh sepenuhnya demokrasi berparlimen. kerajaan muda perak tumbang dengan sekelip mata. itulah kejayaan pertama umno yang menghantar kuda troy kedalam pkr.

selepas itu banyak lagi kuda troy dimasukkan kedalam pkr, saiful dijadikan alat untuk memberi laluan untuk menjahanamkan imei nuar berahim, kes liwat dicanangkan balik, kemasukkan bergilir dan menunggu giliran untuk mengistiharkan menjadi bebas. skrip ini telah digarap dengan baik dan pembangkan terus dibuai oleh angin mac 2008. agenda agenda tersembunyi umno tidak dapat dikesan. gergasi yang mempunyai pelbagai alat sokongan hayat apakah akan mati tanpa kubur? apakah gergasi ini akan membiarkan dirinya ditumbangkan dengan mudah? gergasi yang diketahui amat licik, kejam dan ganas apakah akan berdiam diri bila diserang, ia membiarkan diri diserang dari luar dengan hebat kerana dalam masa yang sama ia menggerakkan bidak bidak caturnya mengatur strategi untuk melumpuhkan dan memusnahkan pembangkang dalam 1 2 3 gerakan sahaja. zaid berahim masuk pkr dan terus dinaikkan pangkat tanpa perlu bersusah payah. apakah zaid tak mempunyai access penuh kedalam kerahsiaan pkr? kalau tak ada bagaimana zaid boleh berfungsi sekelip mata dan mampu bertanding diperingkat kedua tertinggi dalam PKR. untuk pkr hentikanlah menerima kuda kuda troy ini sudah cukup kemusnahan dalam pkr. kita ada masa lagi untuk membaikinya. biarlah kita sama sama membaikinya walaupun kapal senget sampai juga ke dermaga perlabuhan.

Ulasan