Galas diakhir garisan

esok akan bermula proses pengundian. pengundi pos telah menjalankan tanggungjawab mereka. dimana mana pun pengundi pos akan lebih banyak memihak kepada umno. usaha usaha pas berterusan untuk kembali menawan galas dari umno. umno lebih bersenang lenang disini kerana disini kubu kuat mereka sejak berzaman lagi. semangat pas kelantan lebih hebat kerana kemenangan bola. semoga semangat kemenangan bola sepak kelantan akan terus bersama pengundi disini. kita akan meraikan kemenangan pas dengan lebih hebat. segala usaha dan dibuat yang lain hendaklah kita berserah kepada allah. semoga harapan rakyat akan kembali bergema disini. pastikan dun galas terus bersama pas. kita halaukan fahaman sesat umno dari terus menghantui rakyat disini.

esok hari pengundian dan dijangka jalanraya akan makin sesak dengan kedatangan pelancong politik. esok semua kerja keras dapat diterjemahkan ke atas kertas undi. umno cuba menutup isu keluarnya orang kuat umno. seolah olah orang kuat umno itu tak pernah wujud dikelantan. media massa umno terus mengasak minda melayu didun galas. zaman umno menggunakan media massa dah semakin pudar. apa saja yang disiarkan dikaca tv belum tentu menjamin esok umno akan menang. semua kawasan dah dijelajahi. semua pekerja pertugas parti dah menjalankan tanggungjawab semampu mungkin. kali ini kita parti islam semalaysia lebih tersusun dan lebih berjemaah dari manik urai. semoga kita berolehi kejayaan yang lebih cemerlang disini. yang longgar dah kembali diketatkan yang senget dah diperbetulkan. malam malam terakhir hanya solat hajat menjadi senjata terakhir mukmin. semoga solat hajat sepanjang malam ini dapat membuka pintu pintu hati untuk memangkah parti islam semalaysia. semoga musuh islam tumbang lagi esoknya

esok malam akan berakhir kerja kerja parti, menang atau kalah kita tetap pulang sebagai pemenang. kalah didunia tak bererti kita akan kalah diakhirat. menjadi harapan sebagai perjuang jangan kalah sebelum berjuang dan bimbang perjuangan terhenti sekerat jalan atau lari dari perjuangan islam. semoga kita kembali mengadap allah dengan iman bukannya kembali mengadap allah dengan tangan kosong. semoga dijauhkan. semoga allah tetapkan hati hati para perjuang. semoga islam memperolehi kemenangan dimalam jumaat. semoga dalam perjalanan pulang kita akan dikhabarkan berita kemenangan. biarlah kita tak bersama menyambut kemenangan parti islam. hati kita masih bersama. semoga galas akan memberikan paku terakhir untuk keranda umno sebelum kita melangkah ke pru yang ke13. islam pasti menang dan itulah janji allah kepada pejuangnya. dan janji allah tidak pernah mungkir kepada hambanya.

Ulasan