Apakah pas terlepas dari kuda kuda TROY Umno?

pkr makin celaru dibuat oleh zaid berahim, jenapala terus menambah perisa, stopa cuba menganggu gugat kententeraman dalaman. mantan pm sleeping pun boleh buat kenyataan kepada nuar berahim, dalam tidur pun masih boleh memberikan kenyataan kepada nuar berahim, apakah nuar berahim dah menhampiri zaman kelam sampaikan asri pun boleh cakap supaya nuar berahim bersara tanpa ribut kencang tanpa banjir manusia mati kelemasan. semua menjadi hebat sekarang menyerang dikiri dan kanan pkr. pkr dah dianggap umno sebagai tempat puching bag dan hampir bocor dengan pasir yg terdapat didalamnya. nuar terus menyepi tanpa tindakan balas yg hebat seperti biasa. pertanyaannnya kenapa nuar membiarkan semua musuh musuh politik bernyaring berkokok, sampai bila nuar berahim nak membiarkan musuh musuh politiknya menyalak hebat. kenyataan nuar berahim yang menakutkan aku dan membenarkan apa yg aku dengar adalah benar, semasa dihulu selangor. banyak cabang pkr dihulu selangor tak merestui zaid berahim menjadi calon dihulu selangor. dan hari ini cabang yang tak bersetuju dengan percalonan itu didapati benar firasat mereka.

melihat kepada perkembangan muktahir dalam pkr, aku berfikir dan mengkaji bahawa apakah umno tak menghantar kuda kuda troy mereka kedalam pas diwaktu ini? diwaktu pas bersiap sedia menawan putrajaya. pas dengan dasar keterbukaan seperti yang diminta oleh blogger apakah tidak dapat menyerap bentuk permainan umno. dalam umno apa saja bisa berlaku. apa saja yg boleh memusnahkan parti pas dari dalam akan dilakukan. apakah pas sudah bersiap sedia mempertahankan diri jika pas diserang dari dalam. pertanyaan sial demi kenyataan sial dari ahli pas sendiri dimuatkan dalam blog makin banyak berlaku. pas akan mudah terperangkap jika terlalu mengikut kehendak umum yang tak tahu asal usul perjuangan pas. pas bukan ditubuhkan untuk menang pilihanraya walaupun matlamatnya untuk memerintah secara islam didalam negara malaysia ini, ada lagi yg lebih penting sebelum dapat memerintah. ahli pas yang baru atau lama yang bayar yuran atau tak bayar yuran mesti memahami apa itu pas, bukan sekadar cakap cakap tahu apa itu pas,

walaupun ahli pas yang ada degree ada master ada phd belum tentu memahami apa itu pas, kalau sijil berlonggok atas almari belum tentu faham dengan konsep perjuangan pas, kalau ada sijil dari pd boleh faham apa itu pas adalah lebih baik dari semuanya, tapi yg ada sijil dari pd haprak pulak lakunya. yang belajar di deoband belum tentu faham pas sepenuhnya, bodoh melantun lantun, akhirnya malu sendiri, malu sikit kepada kaldai bawak buku. bebal dan bangang dari manusia jahil lagi. apakah pas akan terlepas dari kuda kuda troy ini, aku makin takut melihat keadaan semasa sekarang. kualiti ahli pas sudah tidak dipandang lagi, jika pas terus mengikuti kata kata orang luar yang masih tak faham perjuangan pas ia akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada parti pas. sebelum ini berlaku pas perlu cepat sedar dari mimpi yang panjang yg sengaja dicipta oleh manusia durjana durjana ini.

bagi aku, pas sudah mempunyai kuda kuda troy tapi mereka belum mampu menunjukkan taring sebenarnya sekarang lagi, asas kukuh mereka belum menjelma, sudah banyak lubang yang ditebuk oleh mereka tapi belum bocor seperti yang mereka mahukan. ada lagi manusia dalam pas yang terus berjuang tanpa mengharapkan apa apa balasan kecuali dari allah. pas terpaksa bekerja dua tiga kali ganda dari biasa mulai sekarang dan bersihkan parti dari kuda kuda troy yang sudah mulai menampakkan kukunya. kalau perlu bakar kuda kuda troy ini, kita bakar mereka dengan iman dan taqwa. hanya yang ikhlas berjuang akan terus tinggal dalam wadah ini dan yang mana mengharapkan kebendaan dunia pasti akan tersingkir. jantung pas dan hati pas belum rosak sepenuhnya dan boleh lagi mengepam darah walaupun dah ada tanda tanda akan diserang sakit jantung dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Ulasan

  1. Bukankah PAS mempunyai ramai ahli fikir yang hebat seperti Dato Mahfuz dan Mat Sabu!
    Mereka tentu ada strategi yang terbaik untuk PAS!

    BalasPadam

Catat Ulasan