pagi sabtu di dun galas

demam prk kali ini bersama sama dengan dengan demam bola sepak. perlawanana akhir akan berlangsung malam ini. ramai yang gelisah kerana nak menyaksikan perlawanan akhir. yelah negeri kelantan masuk akhir lagi. tok guru nik aziz pun dah muncul dalam hot fm. yang kelakarnya dj hot fm pun panggil tok guru dan hilang gelaran datuk. inilah kelainan yang ada pada negeri yang diperintah oleh pas. gelaran bukan satu kepentingan kepada pemimpin. cuba dj panggil gelaran lain kepada pemimpin umno mahu stesen radio tu kena gam. suara ceria tok guru memberi pesanan kepada penyokong kelantan supaya mengamalkan "sporting spirit: dalam perlawanan akhir nanti. tok guru tak pernah meminggirkan kesukanan dalam pemerintahannya. rupanya tok guru adalah ahli sukan yang aktif mengakibatkan dia cedera dilutut kerana main bola dan tulangbelakang kerana sukan berkuda.

nampaknya malam ini urusan parti akan bertembung dengan minat pertugas untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. mungkin jentera pas kelantan akan perlahan malam ini dan akan kembali agresif pada esok harinya. di dun galas sendiri diberitakan ada bas yang disewa untuk hadir di stadium bukit jalil. poster poster semakin banyak di naikkan. tempoh berkempen akan tamat dalam masa 4 hari lagi. umno makin lesu walaupun banyak pertolongan dari jin setan dan mambang yang hadir. santa claus saja yang tidak hadir. projek segera tak banyak diumumkan. umno nampak masih lembap dari segenap segi. uncle chua porno masih datang bertamu di sini walaupun dipandang sinis oleh masyarakat cina disini. datuk seri nizar masih hebat auranya disini. kefasihan dia berbahasa cina begitu mengagumkan. kehebatan nizar begitu terselah disini. tarian naga menyambut kedatangannya.

prk kali ini nampaknya umno seperti berserah diri. tiada tindakan yang benar benar agresif. calon umno dibiarkan sendirian. tidak menampakkan kesungguhan umno untuk menawan kembali dun galas. janji janji manis pun tidak dikeudarakan. apakah umno mempunyai tektik dan strategi lain diwaktu akan datang? inilah yang menjadi persoalan kepada pertugas pas di dun galas. sikap berlembut umno begitu baik. tiada tanda langsung umno akan agresif atau inikah taktik terbaru umno untuk menawan hati pengundi di dun galas. kecurigaan pertugas berterusan dan think tank perlu segera hadir kerana ia perlu dibuat segera untuk menghadapi suasana yang amat berbeza. jangan sampai kita ditinggalkan dengan permainan licik umno. apakah umno mempunyai strategi lain yang lebih ampuh dari terus berkempen seperti biasa. atau kuli mempunyai tektik disaat akhir. jangan kita kalah diakhir garisan. usaha usaha perlu ditingkatkan segera. pastikan dun galas kekal ditangan pas

Ulasan