pagi dun galas

tarikh penamaan calon masih jauh lagi. kerja kerja warming up cuma berkisar pada benda benda yang difikirkan perlu sahaja. dun galas masih lagi menjadi pertaruhan besar. angkatan armada pembangkang terpaksa dirombak sepenuh kerana pembangkang terpaksa menghadapi dua prk dalam waktu yang sama. rombokan mungkin dilakukan kepada hanya pkr kerana pkr terpaksa hadirkan diri di sapi di mana tarikh dan waktu yang sama akan bertembung dengan umno dan barisan nasional. pas mungkin tiada masaalah sangat untuk mengirimkan tentera ke sana apabila di minta. tentera pas boleh berkembang 2 3 kali ganda dari yang diminta dan priorti adalah digalas. pertembungan dengan ku li tidak dapat dielakkan lagi. dan pas sudah mengatakan bahawa andaikata najid menjadi calon pun akan ditentang sehingga akhir hayat.

dun galas akan sunyi dari keriuhan suara berahim ali. berahim ali akan menjalani pembedahan hari ini dan tak akan sembuh sepenuhnya menjelang prk galas. berahim ali akan melihat suasana dun galas dari kacamata media dan juga media cetak utusan yang telah memberikan ruang utama kepada berahim. perkasa mungkin tidak sebisa adanya berahim ali tapi penyokong kerajaan kelantan sudah bersiap sedia menyambut kedatangan pengerusi perkasa tapi nampaknya hasratnya tak akan menjadi kenyataan kerana berahim ali terlebih awal mengangkat bendera putih. walaupun sehebat mana manusia apabila ditimpa penyakit maka tiada upayalah akan ia untuk menanggungnya. wajah sunggul berahim ali di wad terlihat dimana mana. walaupun disini dijadikan lawak kes berahim ali yang ditarik gelaran datuk yang menjadi punca berahim ali masuk hospital. diucapkan semoga berahim ali cepat sembuh.

bujet yang dibentangkan oleh najid tak ada apa apa yang istimewa sangat kecuali satu statement kelakar bunyi yang mana najid kata kerajaan bukan memperkenalkan satu impian baru iaitu menjadi saudagar mimpi. saudagar mimpi boleh menjaja apa saja yang memberikan gambaran indah dimasa hadapan walaupun kecelakaan akan menimpa. dalam sedar najid cuba mempersendakan pembangkang dan dalam sedar juga najid mengakui bahawa beliau juga adalah "perdana menteri mat jenin" dimalaysia. dengan keupayaan malaysia yang masih gagal keluar dari kemelut masalah ekonomi najid memberikan gambaran awal bahawa malaysia sudah berjaya keluar dari kemelut ekonomi yang membarah dan membusuk. impian mat jenin adalah membawa malaysia keluar dan hanya mat jenin yang sanggup menipu dirinya dan rakyat malaysia dengan mengatakan malaysia sudah keluar dari masalah ekonomi.

dulu menteri kewangan akan mengulas bujet dengan teliti dan hanyalah dasar perbelanjaan tapi menteri kewangan masih boleh mendetailkan peruntukan yang disediakan selepas pak lah mengambil alih kementerian kewangan bujet hanya berkisar dengan angka tanpa merujuk kepada akarnya hanya peringkat pucuk sahaja. ini jelas menggambarkan bahawa betapa teruknya kewangan malaysia. dan pm mat jenin terus mengwar warkan kehebatannya membawa keluar malaysia dari kepompong masalah ekonomi.

Ulasan