menggalas harapan rakyat di galas

suasana digalas tidak berapa sibuk lagi diwaktu ini. waktu kempen belum lagi bermula cuma sudah ada yang mendirikan bangsal panas. pas masih hanya menjalankan kerja sampingan untuk dikatakan warmingup. kerja warmingup dijalankan hanya untuk memantau sejauh mana penerimaan pas dilubuk umno ini. pas belum menamakan lagi calonnya. umno masih membisu walaupun nama ku li disebut sebagai calon pilihan umno di dun galas. apakah kuli akan membenarkan namanya tercemar jika dia menjadi calon digalas sedang dalam pru yang lalu kuli tewas di dun galas. kalau ku li bersetuju dengan permintaan umno yang sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan nama baiknya digua musang. dun galas satu dun yang tidak selamat di dalam parlimen gua musang untuk ku li. jika kuli bersetuju bermakna gelaran raja gua musang akan berkubur diprk ini.

mood pengundi disini belum menampakkan kearah mana yang sebenarnya. pas berpeluang memenangi kembali kerusi ini dengan usaha yang lebih bersepadu. pas kelantan sedang mencongak pelbagai strategi untuk menawan kembali dun galas ini. diramalkan pas hanya mempunyai peluang 48% sahaja sokongan namun jika ada perubahan disaat akhir menjelang pagi mengundi pas pasti dapat menawan kembali dun galas ini. suasana belum menarik untuk diceritakan kerana waktu ini pas hanya menunggu dan mengutip maklumat maklumat yang berguna untuk kegunaan kerajaan negeri dan juga sebagai strategi masa panjang. kelebihan prk ini adalah kawasan yang kecik dan dengan bantuan dari pertugas semua pas negeri lain seluruh kawasan akan dapat dijangkau dalam masa yang singkat dan maklumat ini boleh terus digunakan oleh pas gua musang. dan tidak mustahil kerja kerja penyelidikan ini akan berguna dimasa akan datang untuk menawan parlimen gua musang. kerja kerja kadangkala terbabas ke kawasan dun lain yang tak kena mengena dengan dun galas.

26 oktober 2010 akan berlangsung penamaan calon di dun galas dan bersamaan dengannya penamaan calon bagi parlimen sapi yang mana pkr tewas tanpa bertanding. mungkin hanya 1/3 jentera pkr akan datang membantu kerana spr dah mengumumkan bahawa prk parlimen sapi dan dun galas akan dibuat serentak. apakah pas akan menghantar juga jentera ke sana, itu belum dapat dipastikan lagi kerana keupayaan pas disapi lebih menonjol dari pkr. kesilapan teknikal pada pru yang lalu masih menjadi tandatanya kepada penyokong pembangkang. apakah sengaja dilakukan atau memang kesalahan teknikal. mujur wakil bebas ada dan tidak memberikan kemenangan percuma kepada barisan nasional. apakah sapi akan disembelih lagi oleh barisan nasional atau pakatan rakyat akan mengambil alih sapi.

Ulasan