mari menggalas di dun galas

ku li telah menerima tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecik dun galas dibawah parlimen gua musang... oleh kerana kuli adalah gurkha kepada umno, dah menjadi nasib gurkha bermakna ia terpaksa mengiakan apa saja perintah dari tuannya. kepulangan ku li disambut oleh ketua perhubungan negeri stopa mamat. walaupun dengan muka tak berapa nak senyum kuli cuba mengutum senyum kononnya menyambut baik keputusan umno pusat melantik beliau mengetuai gerakan umno di dun galas. walaupun siapa yang menjadi calon.pas kelantan dan pusat sudah mengenal pasti calon yang akan menggalas tanggungjawab untuk menentang umno di dun galas. keseluruhan jentera umno akan turun berkempen habis habisan kerana inilah maruah umno yang perlu dikembalikan untuk dijulang oleh orang umno digalas. andaikata galas pun umno tersungkur bermakna umno tidak lagi berdaya untuk menahan arus gerakan rakyat malaysia. walaupun kajian mengatakan bahawa umno akan kembali menguasai dun galas ini tidak bermakna pas akan memberi laluan mudah kepada umno.

sebagai langkah permulaan didalam mengatur bidak bidak caturnya. kuli meminta pas memberikan laluan percuma kepada beliau. semangat kuli sudah tidak seperti dulu lagi. umno hanyalah peninggalan sejarah dan akan berkubur bersamanya tak lama lagi. walaupun kuli adalah raja digua musang belum tentu galas akan menjadi galas umno setelah sekian lama pas berusaha menawan galas dari umno. perjuang pas sudah ada yang tewas sebelum bertempur. ramalan pas akan kecundang kerana tiada lagi tsunami politik seperti mac 2008 akan berkumandang lebih hebat. blog yang dikatakan pro pembangkang sudah mencanang kegelapan pas untuk memenangi prk tersebut. inikah yang dikatakan perjuang. perjuang yang sudah longlai sebelum masuk ke medan perang.apakah kerana takut kekalahan pas rela membiarkan umno mendapat laluan mudah. jika tak sanggup turun ke medan perjuangan jangan cakap erti perjuangan. walaupun sindiran demi sindiran yang dilemparkan. pasukan perjuang pas tetap bersemangat untuk turun. pastikan semangat bukit gantang dan kuala terengganu terus menyala walaupun ada yang sudah patah tempang kerana kebodohan dan kebangangan mereka sendiri dalam memberikan input yang penting kepada perjuang.

pas tidak pernah mendidik perjuangnya lemah sebelum bertarung. dalam diri perjuang pas tiada erti kalah kerana dalam perjuangan islam walaupun kalah atau menang semuanya akan mendapat balasan yang setimpal dengan pengorbananya. walaupun dengan tulang empat kerat. walau dengan wang seringgit namun untuk hadir ke tempat perjuangan akan diutamakan. perjuang pas tidak pernah surut dan sunyi dari mendapat tohmahan dan fitnah yang datang menggila. perjuang pas dihina kerana wala' gila walaupun ada yang tak bersetuju kerana mereka mempunyai minda yang cerdas dan kalau digilap pasti akan bercahaya sebagaimana cahaya matahari pagi. dengan kebodohan dan kebangangan diri mereka mereka tetap merasakan mereka adalah perjuang hebat dan setiap yang mengutamakan diri selain diri jemaah mereka ini sebenarnya lahir dari didikan bukan islam. islam tak pernah mengutamakan kemenangan tetapi perjuangan perlu diteruskan walaupun kalah berkali kali. kalau kalah 2 3 kali dah tak sanggup berhenti dari mengaku menjadi perjuang jadi lah pengecut yang menyembunyikan diri dalam guni. pengecut sentiasa akan cuba mendabik dada bahawa mereka mempunyai segalanya walaupun hakikatnya mereka tak pernah hadir dimana mana pentas perjuangan. berlindung dibalik nama penyokong atas pagar. mereka berlindung disana sehinggalah ada kemenangan yang diperolehi oleh pas. mereka akan mengaku yang mereka bekerja kuat sampaikan pas beroleh kemenangan. itulah puak pengecut dan jahil dalam berjemaah.

mengungkit benda benda bodoh dan melemparkan tuduhan yang direka reka. kononnya mendapat maklumat dari dalam pas sendiri. kalau semua tuduhan adalah benar bermakna sehingga sampai saat ini semua pemimpin pas adalah pengkhianat kepada perjuangan. terus menerus mengungkit benda yang sama. kononnya merekalah yang mempertahankan pas dari pas bersengkokol dengan umno. betapa bodoh dan bangangnya mereka. kalau tidak tahu erti berjemaah hentikan saja mengaku menyokong jemaah islam. islam itu bersaudara dan jika membocorkan dan mengutuk sesama saudara apakah islam mengajar perkara seperti itu. tindakan bangang mereka seolah sudah membunuh saudara seislam dalam keadaan sedar. hidup biarlah bererti dan hanyalah perjuangan islam yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. marilah sama sama kita rapatkan saf dan bersatu menuju galas dan kita menggalas amanah sepertimana arahan presiden pas.

Ulasan