kita hadapi bersama siapa pun di galas

Ku li ditawarkan menjadi pengarah pilihanraya kecik N45 galas. dari segi umno, pemilihan kuli sebagai pengarah pilihanraya adalah berdasarkan rekod cemerlang kuli di gua musang. tanpa nama besar ku li umno dilihat layu sebelum bertanding. walaupun dikatakan peluang pas untuk menang digalas samar atau akan tewas jika kuli menjadi pengarahnya. ku li sudah menjadi lama raja di gua musang.sewaktu ku li bersama semangat 46(S46) kesemua dun dirampas dan parlimen gua musang dirampas oleh pembangkang. umno memang tak mempunyai apa apa digua musang kecuali mempunyai ku li sahaja. apabila kuli kembali kepangkuan umno setelah gagal menjadi perdana menteri dibawah kerajaan baru, barulah umno kembali mengenggam dun dan parlimen. setelah sekian lama berusaha akhirnya satu dari 3 dun dibawah parlimen gua musang ditakluk oleh pas. kesinambungan nama besar ku li sudah berakhir digua musang.

ku li yang dilihat mementingkan semangat kenegerian kerana menyokong tuntutan kerajaan kelantan walaupun kerajaan negeri dibawah pimpinan pas. usaha menuntut royalti dipersetujui oleh ku li diatas nama beliau anak kelantan. ku li dilihat sebagai orang umno yang derhaka kepada umno walaupun dia seorang umno namun atas dasar dia anak kelantan dia bersetuju mengetuai kaukus menuntut royalti minyak dari kerajaan persekutuan. ku li menegaskan bahawa beliau tetap umno sampai akhir hayat. jadi pas kelantan tak perlu takut menghadapi ku li di dun galas kerana ku li yang mereka tentang adalah ku li umno bukannya menentang ku li sebagai ketua dalam kaukus menuntut royalti minyak.

dengan apa cara sekalipun, pas mesti tentang kuli samada secara menengak atau mendatar kerana ku li adalah dalam bentuk umno. pas tak perlu gentar dan takut sangat kepada umno dikelantan. umno kelantan dan menjadi singa tua yang sekadar mengaum melihat kambing lalu.selera tetap ada tapi tiada taringnya. pendekar hebat umno belum mampu berjaya menyatukan puak puak yang bertelagah dikelantan. isu isu yang dibawa oleh umno tak lebih tak kurang hanya sekadar membawa sedap dihalwa telinga. rencana rasuah yang diberikan oleh badut ida group tak menjadi walaupun nilaian taruhan mencecah 4 billion iaitu bersamaan 10 tahun perbelanjaan negeri kelantan. isu isu umno kelantan dah banyak yang basi seperti membekalkan air percuma kepada rakyat negeri kelantan. jambatan manek urai sampai ke hari ini belum siap siap. jambatan pengkalan pasir belum siap sepenuhnya walaupun dah bertahun berlalu dari prk dulu. kekurangan pasir mas gamaknya, projek jambatan itu tergendala.

percayalah bahawa pas tak perlu takut sangat dengan gertakan keling dari umno terutamanya dari timb.presiden umno. perlantikan ku li sebagai pengarah prk dun galas hanya untuk memberikan pisau kepada umno.jika ku li tewas bermakna karier politik kuli akan malap menjelang pru yg 13. jika menang belum tentu ku li akan menjadi menteri. setelah sekian lama dipinggirkan oleh umno. perlantikan ku li menjadi pengarah prk dun galas mempunyai banyak maksud tersirat kerana jika ku li gagal ia akan disembelih hidup hidup dan jika ku li menang ia hanya sekadar menang moral bagi ku li dan umno masih perlu mencari jalan untuk menyepak ku li dari gua musang setelah lama menjadi raja di gua musang. ku li tetap dikira kalah walaupun menang digalas dan akan lebih memeritkan jikalau ku li kalah di dun galas. marilah kita sama sama mengalas amanah untuk memastikan pas terus berada kukuh digalas dan galaslah amanah yang diberikan oleh rakyat.lupakan sengketa lama. pejuang tua dan setia masih wala' gila untuk terus berjuang. undur jangan bermimpi disiang hari.

Ulasan