galas sudah ketemu calon

nama calon untuk mewakili parti islam semalaysia (pas) telah dimuktamadkan semalam dan dijangka akan diserahkan kepada tok guru nik aziz secepat mungkin. keputusan sebulat suara majlis syura dah diputuskan calon yang akan mewakili pas dalam menggalas amanah yang akan dipikul. daripada kajian pas masih ketinggalan di dun galas kerana faktor perlantikan kuli dan juga galas merupakan kubu kuat umno sejak zaman dahulu kala. faktor ketinggalan boleh dijadikan penaik semangat untuk bekerja kerana biasa yang ketinggalan akan berusaha lebih keras sehingga tahap semaksima mungkin. kalau kita seri 50 50 bermakna kerja akan menjadi kurang semangat kerana usaha akan menjadi sambil lewa. keupayaan pas sudah dipertingkatkan dari hari ke hari kerana pas akan terus memastikan dun galas terus berada dalam genggaman pas. pertugas pas telah diperingatkan berkali kali bahawa pastikan dun galas terus berada dibawah pas.
mungkin malam esok akan ada majlis ceramah umum dan pengumuman perlantikkan calon pas bagi dun galas oleh tok guru nik aziz. beribu ribu akan dijangka hadir esok. pasti kesesakkan akan bermula. galas yang sepi akan riuh sementara menunggu hari penamaan calon. yang mana bertugas kena lah bertugas walaupun suasana belum begitu menarik untuk dikongsi bersama. kebanyakan pertugas pas negeri lain dah mula memenuhi ruang ruang di dun galas. mungkin masih segar kerana masih lagi cukup tidur.. cukup makan dan cukup segalanya. datang menyerah diri dan bersedekah darah kepada nyamuk. muka muka bersemangat sekali datang untuk memastikan umno berkubur lagi di galas.

Ulasan