Dr Zulkifli Mohammad - calon pas dun galas

sudah lama tak mengikuti majlis pengisytiharan calon. semalam berkesempatan untuk hadir dalam ribuan manusia yang hadir dalam majlis tersebut. dr Zulkifli mohamad yang dipertua pas kawasan gua musang telah dipilih oleh majlis mesyuarat syura pas untuk menggalas amanah menggantikan che hashim selama bertanding di N45 Galas. dalam pru yang lalu dr zulkifli telah bertanding melawan ku li di parlimen gua musang. walaupun tewas diparlimen gua musang dr zulkifli mempunyai satu rekod baik di dun galas. ku li telah tewas di dun ini dalam majoriti 3oo lebih undi. diharapkan rekod baik ini akan diteruskan dalam prk ini.

pas telah mengemukakan calon dan umno belum lagi mengemukakan calon. walaupun perang psikologi sudah bergerak. serangan politik sudah bermula. gendang perang umno sudah bermula. kawasan yang dikenali kubu kuat umno dan talian hayat terakhir di kelantan perlu dipertahankan oleh umno dengan apa cara sekalipun. kekuatan umno dah semakin lumpuh di gua musang. dan pernah dikatakan jika kuli sudah tidak bertanding lagi. gua musang akan lumpuh dan tidak mustahil gua musang akan jatuh ke tangan pas.. calon sudah diketahui, masa bekerja kuat sudah tiba. ayuh kepada semua perjuang. datang dan bantu pas di galas.

Ulasan