cerita sebelum prk dun galas

setiap kali bila ada nya pilihanraya kecik, pas terengganu akan menjadi mangsa serangan dari blogger. setiap kali berlangsung pilihanraya kecik di kelantan ini bermakna serangan ke atas pas terengganu akan dimulakan. kerja kerja bodoh dan bangang dimulakan dengan mengungkit kisah kisah kegagalan kerajaan pas memerintah terengganu. diungkit benda yang tidak pernah terjadi dan ada yang terjadi adalah kerana perbuatan musuh pas tapi di jadikan asas untuk menyerang pas terengganu. pas terengganu sentiasa berhadapan dengan serangan yang tak pernah kenal erti penat. untuk melumpuhkan keseluruhan pas, pas terengganu perlu di berikan ubat pelalian agar pas terengganu tak mampu melawan dan hanya menahan serangan dari blogger. menggunakan tapak tranungkite, serangan kepada pas terengganu sudah bermula. semasa prk manek urai juga serangan dengan pola yang sama ditujukan kepada pas terengganu.

mengungkit sejarah bodoh dan bangang pas terengganu walaupun diberi penerangan dan penulis sendiri mengakui hanya mendapat maklumat dari rakan rakan. dalam diam penulis mengakui kebodohan mereka sendiri. sumber tidak sahih menjadi pegangan dan pedoman untuk menulis kelemahan pas terengganu dalam mentadbir negeri terengganu. cerita cerita bangang dan bodoh akan terus di persembahkan sepanjang prk dun galas akan berlangsung. soal mempertahankan atau tidak ada bukan perkara pokoknya. soal membela kepimpinan pas terengganu dah mencuba sebaik mungkin melakukan apa yang tak pernah umno buat sepanjang pemerintahan mereka diterengganu tak pula di jadikan bahan tulisan. kelemahan pentadbiran pas terengganu perlu dibongkar dan dibongkeh agar kononnya menjadi tauladan kepada pas negeri lain.

pas terengganu sendiri mengakui kelemahan mereka dalam memerintah kerana terdapat beberapa kekangan yang mana mereka tak mampu untuk menceritakan kepada umum. penilaian sesuatu pemerintahan itu gagal bukan tertakluk kepada perkara perkara kecik yang hanya adalah mainan umno. penyokong pas kena faham bahawa selama 50 tahun umno menguasai urat nadi pentadbiran negeri terengganu. mereka mempunyai segalanya didalam dan hanya segelintir sahaja yang bersimpati dan condong kepada pemerintahan pas. sabaotaj demi sabotaj dilakukan dari dalam dan yang mendapat nama adalah pemerintah pas. penulis pun menceritakan apa yang mereka dapat dengan menulis banyak auta dari fakta. pemimpin pas terengganu tak layak memerintah pas pusat kerana kerajaan mereka tumbang menggambarkan bahawa pemimpin pas terengganu tidak diterima oleh rakyat mereka sendiri. inilah permainan yang cuba di tonjolkan oleh penulis blog yang menulis berdasarkan kefahaman berimankan khabar angin dan naik saksi kepada berita fitnah yang dilemparkan oleh umno.

sessi penyerangan kepada pas terengganu akan ditambah lebih hebat selepas ini. blog blog akan mula membuka cerita cerita yang sudah dilupakan orang. menulis kembali kelemahan pas semasa memerintah terengganu seolah olah pas terengganu tidak ada satu pun kebaikan yang ditinggalkan oleh mereka selama 4 tahun memerintah negeri terengganu darul iman. cerita cerita kartun akan dipersembahkan oleh mereka sebelum pengumuman tarikh prk dun galas. pas terengganu cuba dilagakan dengan pas kelantan dan juga pas pusat. kalau pas terengganu dan pas kelantan dan juga pas pusat bersatu bermakna kekuatan mereka akan bertambah berkali ganda dari yang ada sekarang dan tak mustahil dun galas akan menjadi kubur baru kepada umno. majoriti pas didun galas akan bertambah jika gerak kerja bersama dilakukan. selagi bernafas selagi ada denyut jantung selagi jasad mampu bergerak kesemua kerja akan menjadi lebih senang dan mudah untuk menewaskan musuh yang sudah tewas sebelum berjuang. hilangkan dalam diri perasaan bongkak, takabur dan irihati. berniat jahat kepada jemaah sendiri kerana demi kepentingan peribadi yang tak membawa keuntungan kepada sesiapa pun kecuali kemusnahan jemaah dan diri sendiri.

Ulasan