batu papan - N45 Galas

pasukan pertugas dari negeri terengganu akan berkampung di peti undi batu papan. esok akan bermula tugas tugas di batu papan di dun galas. lawatan pertama sudah diadakan untuk mengkoordinasikan tempat dan mencari maklumat awal. pas terengganu akan berkampung dipeti batu papan dan diketuai oleh pas kelantan dari machang dan pasir putih. pas terengganu akan bertindak sebagai pembantu dan jentera utama di peti undi batu papan adalah dari machang dan pasir putih. harapan kami agar kedatangan ahli pas dari terengganu akan dapat bekerjasama sebagaimana prk prk yang terdahulu. walau dari mana kita datang kita adalah dari jemaah yang sama dan mempunyai satu tujuan dan tugas. pastikan umno tumbang dimana jua ia bertanding. semangat ukhwah antara jemaah diharapkan menjadi kenyataan apabila bermulanya kempen dun galas.

pertugas pas dari terengganu akan memulakan tugas tugas dipeti undi batu papan bermula esok. hari ini pas terengganu akan bertolak ke batu papan untuk meninjau keseluruhan peti undi batu papan sebelum menjelang penamaan calon pada 26 oktober ini. walaupun peti undi ini dimenangi oleh pas pada pru 2008 namun dikatakan peti undi dulunya adalah dibawah kekuasaan umno. tugas berat menanti pas terengganu untuk mengekalkan kemenangan dipeti undi batu papan. semoga jentera utama dan jentera pembantu akan bekerja sebagaimana satu tubuh badan andaikata ada sakit satu anggota bermakna seluruh anggota akan merasai kesakitannya itu. kembalikan segera semangat islam kedalam jentera pas keseluruhannya sebagaimana dulu. semua berjemaah bersatu menentang kemungkaran umno walaupun dengan keadaan daif, tidak berdaya, lemah namun semangat islam menyatukan kita semua. kembalikan keseronokan berjemaah dalam usaha menentang umno walau dimana jua kita berada.
mana mana penulis blog yang sering mempertikaikan apa jua usaha pas selama ini, ayuh turun ke gelanggang buktikan kepada kami bahawa cakap anda bukan cakap kosong. dan kami buktikan kepada anda semua bahawa kami tak pernah bercakap kosong. dimana jua prk kami akan menghadirkan diri walaupun mempunyai duit hanya seposen. makan biskut kering untuk mengalas perut dan minum tea o panas untuk memanaskan tubuh diwaktu kempen dimalam hari, turun ke galas dan menikmati hidangan nyamuk percuma. tidur tanpa tilam dan berbantalkan lengan. keluar pagi dan pulang menjelang dinihari. jangan datang hanya untuk mencari dimana salah pas dimana silap pas. datang hanya membawa kamera dan mengarah berbuat itu ini andaikata ada bendera yang tumbang angkatlah bendera itu dengan maruah bukannya mengambil gambar untuk tatapan blog. kerja kerja bangang dan bodoh hendaklah ditinggalkan. datang ke sini dan berjuanglah bersama sama kami. datang hanya untuk mengupdate blog baik berambus aje dari galas. kalau itu saja niat datang ke galas baik balik rumah kerana ini akan menambah kesesakkan jalanraya digalas bukan datang membantu tapi hanya mencari berita sensasi.

Ulasan