pemimpin umno tak ada otak

keretapi yang beroperasi dibukit besi dan menjadi sejarah negeri terengganu, tempat stesen lama keretapi hanya tinggal sisa sewaktu bukit besi menjadi tempat pencarian bijih besi. setelah lama ditutup ada usaha yang cuba digerakkan oleh mat said untuk meneroka kembali lombong bijih besi yang sudah lama tutup. pekerja pekerja pun dah hampir semua dah dipanggil kembali. kenangan lombong biji besi akan terus berada dan berlegar dan akan dicerita dari satu generasi ke satu generasi. setelah lama keretapi tak dapat dilihat di tanah terengganu. projek 800 juta malaysia untuk membina rel keretapi dari kerteh ke gebeng kuantan telah dipersembahkan sewaktu pas menguasai terengganu.

niat jahat kerajaan persekutuan begitu terserlah dengan pengumumuman pembinaan rel keretapi ini. ia bukan sahaja menutup peluang pelabuhan kemaman bahkan juga menutup pintu peluang pelaburan yang akan berkembang jika pelabuhan kemaman digunakan. walaupun pembinaan rel keretapi ini mendapat bantahan dari pihak kerajaan pas terengganu tapi demi pembangunan yang mungkin dapat timbul sewaktu pembinaan rel ini maka dengan paksa dan rela kerajaan negeri pas terengganu membenarkan pembinaan rel keretapi dari kerteh ke gebeng. sewaktu pas memerintah terengganu pembinaan mega ini dijalan dengan menggunakan duit petronas. projek berskala mega ini dijadikan umpan kepada rakyat negeri terengganu. projek ini dikatakan hanya projek printis dan akan berlaku sinambungan jika umno kembali memerintah. itu hanya mimpi indah yang disumbat dalam tidur rakyat negeri terengganu.

rel keretapi ini hanyalah digunakan untuk mengangkut hasil petroleum ke pelabuhan kuantan padahal jika digunakan pelabuhan kemaman digunakan ia lebih ekonomi. kekangan ekonomi ini cuba di buat melakukan sabotaj kepada pelabuhan kemaman yang dimiliki oleh anak syarikat kerajaan pas negeri terengganu. apabila hasil petrolium diangkut ke gebeng pelabuhan kemaman tidak mampu memberikan hasil lagi kepada kerajaan negeri itulah sebenarnya perancangan bangang umno pusat kepada negeri terengganu tanpa disedari oleh rakyat terengganu yang sentiasa dihina dan diperbodohkan oleh umno. setelah umno kembali memerintah terengganu pada 2004, tahun ini oktober 2010 rel keretapi ini akan ditutup dan hanya akan menjadi gajah putih. itulah kepandaian orang umno dalam memerintah negeri terengganu. projek yang boleh bagi komisen kepada kroni dibuat dan dibuat seperti pakai buang sahaja tanpa menghiraukan sebanyak mana wang rakyat dihabiskan.

sepatutnya kerajaan mat said kalau tak mahu mengangkut lagi hasil petrolium ke pelabuhan kuantan, jadikan rel keretapi ini sebagai jalan pengangkutan awam yang mana jika disambungkan ke ibu negeri ini bermakna jalan keretapi ini akan berfungsi sepenuhnya dan tidak membazir duit rakyat. kalau dihabiskan 500 juta lagi untuk pembinaan rel yang menyambungkan keseluruhan terengganu ini akan mencepatkan lagi kegiatan ekonomi kerana keretapi boleh membawa barang dalam saiz besar. apakah pemimpin umno terengganu tidak mempunyai otak walaupun sekecil otak saiz burung unta. walaupun dulu janji manis umno nak menghubungkan terengganu ke kuala lumpur menggunakan jalan keretapi laju yang hanya memakan masa tak sampai 3 jam. oleh kerana umno dah tak mampu nak buat rel panjang ke kuala lumpur umno patut buat rel keretapi dalam terengganu dan hubungkan ke kuantan. yelah orang terengganu masa itu kemaruk nak tengok rel dan keretapi.

Ulasan