sejak pkr dapat memerintah negeri selangor, pemilihan tahun ini dikatakan dasyhat sekali, semua ahli pkr nak bertanding. khalid berahim mb selangor mendapat tentangan 4 penjuru, hebat tu, semua ahli pkr nak bertanding. yelah lubuk dah dijumpai kalu tak mengail, menebar jala dan apa saja yang boleh dilakukan. yelah semua pertandingan adalah untuk menyuburkan demokrasi dalam pkr. nasib baik pkr tak ada pkr reform kalau tak mampus kena ludah dengan presiden dia. mesti presiden pkr kena menjawab di akhirat nanti. jadi nasib pkr adalah begitu baik berbanding pas. pkr yang berjaya memenangi kerusi parlimen terbanyak dan dapat menakluk selangor negeri kaya berjaya membuatkan ahli ahli pkr tersengih tersenyum bangga. dulu tiada siapa yang sanggup nak bertanding dalam parti pkr, siapa yang dicalokan tiada siapa nak menentang. calon menang tanpa bertanding. sekarang hatta ke pemeriksa kira kira pun ada pertandingan. hebatnya pkr sekarang.
zaid berahim nak bertanding timb.presiden pkr. ada ura ura dah nak petes keting sebelum bertanding. budaya umno meresap masuk dengan selesa dalam pkr. walaupun apa juga alasan pkr, pertandingan yang sihat dapat membudayakan demokrasi yang subur tapi perlu diingatkan bahawa pertandingan akan membawa kemusnahan yang tiada tolak bandingnya. unsur unsur umno akan terus diterapkan jika pkr tak berjaga jaga. walaupun menjunjung demokrasi. pkr perlu berhati hati dalam menangani isu pertandingan ini, jika tidak isu pertandingan akan merebak sepanjang zaman dan akan mempengaruhi pru yang akan datang. jangan biarkan pemilihan pkr akan menjadi titik tolak pkr menjadi umno kembali. usaha usaha telah dijalankan dalam pkr dinegeri negeri yang ada menang kerusi parlimen dan dun. dinegeri lain yang pkr yang tak menang perlahan sikit. tapi yang penting sekali adalah buat pkr, carilah askar bukannya sibuk dengan jeneral yang hebat sahaja. tanpa askar jeneral hebat mana pun tak akan menang.
Ulasan
Catat Ulasan