fitnah pada hassan ali

setelah banyak fitnah dilemparkan kepada hassan ali, suasana begitu sepi sekarang, mana blog yang menuduh hassan ali melakukan kesalahan dan blog yang mahu mengeluarkan bukti ada pertemuan dan perselingkuhan antara hassan ali dan harussani tidak mengeluarkan bukti yang dikatakan disimpan. bukti video dan bukti bergambar yang dikatakan ada dalam simpanan blogger seperti tak wujud langsung selepas hassan ali mengaku menemui harusani. hassan ali dah mengaku tapi bukti yang mengatakan hassan ali khianat kepada parti islam semalaysia tidak dapat dibuktikan dan bukti bergambar yang diwar warkan gagal di persembahkan ke muka pengadilan. jadi apakah ini hanyalah satu fitnah. habis sudah bulan ramadhan dan syawal dah masuk hari ke 7 namun bukti yang nak di siarkan dalam blog tak juga muncul muncul.

hari ini hassan ali terlihat di rumah datuk sosilawati dan diwaktu itu noh omar timb.pengerusi umno ada di situ. apakah fitnah kepada hassan ali akan muncul kembali atau lemparan fitnah yang lebih kejam akan berlaku. fitnah lama yang dilemparkan belum dibuktikan dengan sahnya dan tak mustahil hassan ali akan difitnah lagi esok hari. kedatangan hassan ali dan ada bukti bergambar juga akan disertakan esok jika hassan ali tak mengaku datang bersama orang umno ke rumah datuk sosilawati. beribu fitnah telah di lemparkan kepada hassan ali dan yang menjadi pengfitnah no wahid adalah pernah menjadi orang kepercayaan hassan ali. sampai hari ini penulis yang melemparkan fitnah tak tampil mengemukakan bukti dan akan terus menuduh hassan ali adalah perkara wajid baginya.

kewujudan bukti perselingkuhan hassan ali dengan umno belum nampak reda dan akan diteruskan dari masa ke semasa. orang yang mengajar ugama dengan menaiki kereta mewah pun masih belum memberikan bukti walaupun dikatakan bukti berada didalam tangannya. kalau betul orang ini berimankan hari akhirat kenapa menyembunyikan bukti yang sah atau hanya bercakap seperti lidah yang mana tak bertulang dan boleh membuat apa saja kerana mahukan hits bukan mencari kebenaran dalam menulis. kerja kerja mengjahanamkan hassan ali bersama pas akan diteruskan sehingga mereka berjaya memenuhi hasrat dendam mereka terlunas. aku masih menunggu bukti yang dikatakan ada tapi tak disiarkan kenapa mereka semua takut sedangkan mereka semua pejuang kebenaran. atau mereka hanya penjuang fitnah yang tiada kesudahannya.

Ulasan