berahim ali mintak nas dari tok guru

kasihan kepada yang cuba menjadi juara kepada isu dap masuk masjid. berahim ali dah ketinggalan keretapi untuk mengulas dan mencabar kata kata tok guru nik aziz. berahim ali cuba jugak masuk daun untuk sama sama dapat keuntungan bagi poket beliau yang semakin kering dan keadaan nyawa berahim yang semakin hari semakin nak habis haid. pru dah tak lama lagi. bayangan umno nak ambik dia sebagai calon tak dapat bayang langsung. nak mohon jadi ahli umno pun tak ada yang sanggup jadi penyokong dan pencadang. betapa hinanya berahim ali sampaikan nak habis haid mempertahankan umno tapi umno buat tak layan je. semua isu berahim ali nak masuk campur nasib baik gak kes video porno uncle chua berahim ali tak mempertahankannya. habis pru ini bermakna hayat berahim ali akan berkubur tanpa nesan, pergi tak diratapi malahan diketawakan dengan sekuatnya.

ajal dalam politik dah terbayang dimata. berahim boleh jadi sebebas bebasnya. cabaran berahim ali kepada tok guru di pandang sinis oleh tok guru, tok guru malas dah nak layan sampah. tok guru pun boleh speaking apa, i know you, kasihan berahim ali, sampai tok guru pun dah malas dan menyampah nak layan berahim ali. walaupun berahim ali mintak nas dari tok guru. kalau dah islam sangat tak akan berahim ali tak baca hadith dan alquran. alah bang berahim akan bentara guru dalam mentafsir kitab quran dan alhadith, kalau bodoh dan bangang tentang islam bolehlah bertanya kepada mahagaru adukatarakguna. adukatarakguna boleh tafsir apa saja tentang alquran. kalau berahim nak boleh le berhubung atau bersms dengan adukatarakguna. adukatarakguna suka guna bahan mentah dan telan bulat bulat. iman mazhab 4 tak berani kata satu sama lain salah tapi adukatarakguna selamba badakje kata mereka salah. jadi berahim boleh pakai kata pendeta adukatarakguna. nak pakai beca terbang atau bunga teratai pun boleh.

dah berapa hari lepas tok guru bagi nas dan ayat tapi kenapa bang berahim tak faham faham lagi atau bang berahim memang tak nak faham atau purak purak tak faham atau sengaja tak faham, biasalah orang bebas susah nak menerima nas sebab dia rasa dirinya lebih hebat dari semua makhluk yang ada atas muka bumi ini. alquran boleh ditafsir menggunakan kepakaran idea bukannya atas dasar betapa banyak dan ilmu yang ada. hantam dan tibai saja pemahaman tentang ayat ayat alquran. kassim ahmad pun menentang hadith dan nak pakai bahan mentah dan siap ada jelas ayat yang menentang hadith nabi. hadith nabi hanyalah bahan mainan bagi mereka seperti mana mereka mempermainkan hadith nabi dan penentangan hadith dah lama berlaku dan tak menjadi kehairanan jika ia berterusan. beri seribu penerangan ayat atau hadith berahim ali tetap akan menyangkalnya kerana berahim sudah buta dan tuli selama lamanya. kalau orang tak buta dan tuli berahim tak akan mengkhianati tangan orang yang menyelamatkannya dari kehinaan dan kekejian. tapi itulah yang dicari oleh berahim ali.

Ulasan