badut bagi pas kelantan 4 billion

banyaknya derma wang tunai yang diberikan oleh Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab bahawa pihaknya telah memberikan 'hadiah' wang tunai berjumlah RM4 bilion kepada Pas Kelantan. banyak duit syarikat harut marut ni rupanya. dulu kickdefella terima rm 4juta untuk menjatuhkan kerajaan pusat dengan menggunakan laman web free. pakai wordpress pun boleh jatuhkan kerajaan hina malaysia. betapa mudahnya nak menjatuhkan kerajaan malaysia hanya menggunakan laman web percuma dan dibayar rm4,000,000.00 dah jatuh paklah the menantu prime minister. lepas ni pakai blogspot pulak untuk jatuhkan kerajaan najid and the bini.

dengan pemberian 4 billion ringgit malaysia bermakna kelantan boleh survival hampir 10 tahun memerintah kerana budget kelantan sekitar 4 ratus juta setahun. tanpa perlukan wang dari kerajaan pusat. telah diselidik bahawa modal berbayar syarikat ini hanyalah satu juta sahaja dan model dibenarkan adalah satu juta (rm1,000,000.00) kalau syarikat yang mempunyai wang sebanyak satu juta memberi 4 billion kepada kerajaan kelantan mungkin syarikat ini ialah syarikat peninggalan QORUN dan SA'labah orang yang paling kaya didunia. mungkin pengerusi syarikat ini adalah cucu cicit syarikat korporat peninggalan QORUN. betapa beruntungnya pengerusi syarikat ini dapat memberi wang sebanyak 4 billion kepada kerajaan kelantan. ini mungkin zakat dari QORUN. syarikat ini ditubuhkan pada 3 APril 2007 dah mampu berkembang dengan pesat sekali. hebatnya negara malaysia ini.

baru ini jutawan dari lebonan dan menderma kepada MAKNA, majlis kanser negara, akhirnya jutawan lebonan tu penipu, duit sesen pun tak punya apa. mudahnya rakyat malaysia ditipu oleh orang asing. ini ada pula badut dari kelantan yang mempersembahkan sarkis. dengan menggunakan cek replika ia berjaya menarik perhatian orang umno dan media massa. mesti selepas ini macc akan datang cepat ke pusat pentadbiran parti pas dikelantan ekoran dari penerimaan ini. macc mesti selaju cahaya akan datang untuk menyiasat. sesiapa berminat nak tengok project yang akan dilaksanaka pembaca blog ini boleh melayari lawan sesawang syarikat ini dan boleh tengok berapa banyak projeck impian yang dimilikinya. http://www.idaworldgroup.com.my/

Ulasan