aku terbaca blog hebat blogger penarik beca. dia merasakan bahawa azmin ali dan hassan ali lebih kurang macam umno. anak dia yang mendaftar sebagai pemilih baru tidak digalakkan mengundi kedua dua makhluk pkr dan pas ini. ali connection ini perangai dia lebih kurang umno atau terlebih umno dari umno. mungkin anak penarik beca adalah termasuk dalam data yang diperolehi oleh kick. daftar pemilih tak sampai dua ratus ribu tapi sejuta cina dap berjaya daftar pemilih. mungkin kick memperolehi data itu dari pemilih taiwan kot sebab tu pendaftaran pemilih cina sejuta orang. kalau dimalaysia angka dan data yang dikeluarkan oleh spr hanya 160 ribu lebih. jadi dalam 160 ribu termasuklah anak penarikbeca. bukan main tu kalau nak menang satu undi diperlukan. kalah pun dengan satu undi. susah apanya nak mengundi ditempat lain senang sangat kalau nak melakukannya kecuali hanya ada niat jahat yang terselindung dibalik tulisan itu.
apabila mata dan hati pak bakaq haq lebih hebat menilai kedua dua manusia yang berbinkan ali. apabila penarik beca dah membaca dan menilai kebobrokan dan sikap dajjal kedua manusia berbinkan ali apa boleh buat kan. keduanya yb dan mp dikawasan penarik beca bermasyarakat. ilmu yg dimiliki oleh penarik beca jarang ada dikalangan manusia. merasakan diri kita hebat dan orang lain mesti tak betul kerana semua benda yang dibuat mesti tak akan betul walaupun betul nak dibuatnya. kalau dah tak suka mesti ada yang tak kena walaupun betul. akan dicari seribu kesalahan. semakin lama makin ramai yang akan tak betul dimata penarik beca. dan akhir sekali sekali hanya dirinya saja yang betul. walaupun cuba berbuat kebaikan tapi penilaiannya tak betul dimata penarik beca tak akan menjadi betul. the ali connections tak akan betul lagi dimata penarikbeca kerana hassan ali adalah orang utama dlm pas yang setuju dengan persetubuhan umno pas dan azmin pula berlagak seperti keumnoan. itu dimata penarikbecalah.keduanya dibenci oleh penarikbeca dan keduanya adalah musuh yang nyata kepada penarikbeca.
rupanya kedua manusia berbinkan ali dikawasan penarikbeca ini lebih kurang sama dengan umno rupanya. makan rasuah, komisen projek, ada kroni, gunakan jawatan sebagai exco dan sebagainya. korupsi adalah permainan hidup mati umno dan kalau keduanya sama antara azmin ali dan hassan ali bermakna mereka berdua juga melakukan sedemikian. kenapa tak dihantar keduannya mengadap sprm, aku yakin dan percaya macc boleh datang selaju cahaya menangkap keduanya. kalau betullah keduanya seperti umno. jangan menimbulkan persepsi yang buruk di akhir ramadhan walaupun kita berpuasa sehebat puasa nabi daud. penarikbeca kena buktikan bukan sekadar melemparkan tuduhan. buat laporan polis kenapa penarikbeca yang hebat tak mahu melakukannya atau dengan alasan polis tak akan siasat sebab keduanya perangai macam umno. tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan sepatutnya diadili dengan mengemukakan bukti bukan setakat berfirasat dalam benak. atau hanya sekadar melempar tuduhan berat. sampai hari ini tak ada bukti yang mengaitkan hassan ali atau azmin ali makan kedarah duit rakyat ke, korupsi atau apa saja yang bersamaan dengan umno atau dengan apa mereka sama dengan umno?
Ulasan
Catat Ulasan