1 syawal

selepas khutbah solat aidil fitri, di masjid rhusila diadakan majlis rumah terbuka presiden, ramai umat islam yang hadir menyambut aidil fitri bersama pemimpin pas kawasan. cuma aku tak nampak kelibat pemimpin agung pertubuhan haram presiden pasreform, kena bersangka baik kata blogger batuapi semurni hati presiden pasreform. projek nak menziarah tok guru presiden pas dirancang awal nampaknya tak nampak tanda tanda pun ada kedatangan rombongan pasreform yang membawa empat soalan dan satu soalan tambahan. beribu ribu orang jemaah rhusila menikmati juadah rumah terbuka tok guru presiden. yang menjadi kemuskilan ialah kenapa presiden pertubuhan haram pasreform tak buat ucapan aidilfitri? sibuk buat kuih ke selepas kawen.

hampir 6 buah canopy disiapkan untuk menyambut kedatangan tetamu yang datang. semua sudah siap menerima kedatangan tetamu dari seluruh pelusuk negara. sampai tengahari bayang presiden pertubuhan haram pasreform tak nampak pun. tak jadi jugak ke projek ziarah ini rupanya. nampaknya presiden pasreform hanya indah khabar dari rupa. atau pengikut pasreform dah semakin berkurangan sejak ditipu oleh presiden yang menjual tshirt. walaupun karamah presiden pasreform tinggi tapi baju tshirt tak jugak siap siap menjelang 1 syawal. kalau menjaga khazanah negara mampus lingkup le jawabnya. projek sebesar kuman pun tak jalan kalau jaga khazanah negara mesti lebih teruk dari umno. tak siap tambah duit, tak siap sampai kiamat jawabnya berbillion dihabiskan.

umat islam yang bersolat sunat aidil fitri semakin berkurangan, ada yang masih kekal disini menanti untuk bersolat jumaat sekaligus sebelum beransur pulang. keadaan meriah berterusan sehingga ke solat jumaat. masjid rhusila dan jemaah rhusila sudah jauh ku ditinggalkan, khutbah raya masih tergiang ditelinga. betapa manusia sekarang mengalami keruntuhan moral yang amat teruk dan bukan tahap membimbangkan dah, tahap kronik dan sukar diubati. dan islam memberikan penyelesaian walaupun manusia semakin angkuh dan degil menepis tangan islam untuk terus merekacipta pelbagai penyelesaian masalah sosial. dan masalah ini bukan semakin elok tapi semakin membusung dan membarah dalam masyarakat. malangnya nasib umat islams sekarang. umat islam semakin jauh terpesong, semakin terpinggir dari ajaran islam itu sendiri. ilmu hanya ada sedikit tapi bermegah dengan ilmu yang ada. mampu membaca dan mentafsir alquran tapi bukan mentafsir dengan apa yang dikehendaki oleh islam.

berprangsaka jahat sesama islam, siang malam menuduh orang islam lain lebih jahat dari orang kafir. diri sendiri dijadikan bahan teladan yang baik tapi berselindung bangkai dibalik wajah. orang islam merasakan diri sendiri aje yang terbaik selain dari dirinya ia akan menanam sikap berburuk sangka sesama sendiri. diri sendiri dijulang seolah olah diri sendiri adalah yang terbaik dari orang lain. sikap orang islam yang menyangkakan dirinya begitu hebat akan meruntuhkan islam itu sendiri. perangai merasakan diri sendiri hebat tak ubah sebagaimana syaitan dan iblis enggan tunduk kepada nabi adam kerana merasakan kejadian mereka adalah sebaik kejadian. jadilah mereka orang yang sesat dan kufur. inilah yang terjadi dalam hidup umat islam hari ini. pemimpin islam tak lagi diberi imej baik tapi terus disangka lebih jahat dari kafir.

Ulasan