usaha usaha memecahbelah pemimpin pas

usaha usaha durjana dan jahat telah dilakukan dan akan berterusan sehingga pemimpin pas berpecah belah antara satu sama lain. usaha usaha menaikkan nama sebahagian pemimpin pas dan menurunkan sebahagian lagi pemimpin pas sedang berlaku dengan hebat. bawean adalah memberi contoh yang terbaik dalam usaha memburukkan pemimpin pas sekarang, dua tiga artikel yang dikeluarkan oleh blogger luncai ini dan semakin hari menampakkan kedajalan mereka untuk menjatuhkan sesiapa saja pemimpin pas yang tidak senada dengan suara umno mereka. sikap mereka yang suka memisahkan antara satu pemimpin dengan satu pemimpin dah berulangkali disebut. inilah sikap umno yang cuba dibawa masuk kedalam era baru pas. mengadu domba agar pemimpin pas terus bertelagah antara satu sama lain. cerita buruk pemimpin pas lain akan disebarkan dan berita baik kepada sebahagian pemimpin pas juga disebarkan agar seimbang dan tidak menampakkan bahawa mereka condong kepada mana mana pemimpin.

dimana jaminan bawean yang pemimpin yang dikatakan pro ug akan selamat, pro ug yang berlegar dalam minda dan otak kotak bawean sahaja. umno tak pernah menganggap sesiapa pun sedara dalam perjuangan mereka. sedara mereka hanyalah wang, kuasa dan pangkat. bawean begitu bangang sekali bercerita benda yang tak mungkin berlaku dimasa akan datang, meramalkan benda yang akan berlaku berdasarkan imej mimpi mereka tidak mudah dilaksanakan. berahim ali pernah masuk isa walaupun sedarah sedaging dengan umno. walaupun berahim ali masuk isa cuma sekejap tapi meraka tetap akan sumbat dahulu sebagai peringatan jangan melawan umno. dan yang menjadi tuduhan bawean adalah dari minda dan otak yang durjana. pemimpin pas tak mudah untuk menjualkan perjuangan mereka seperti mana ezam menjual dirinya. apakah bawean yakin bahawa pemimpin keagungan bawean akan sanggup masuk isa? atau bawean terlupa dalam darah yang sama ada darah keumnoan, dalam rumah yang sama tak mungkin tak ada perkiraan. jangan jadi bodoh melantun lantun bawean.

pemimpin pembangkang akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dalam operasi lalang ke dua, jangan jadi seperti manusia yang menggelar diri greenboc yang mana sampai sekarang tak pernah diangkut masuk ke dalam black maria, tak pernah kena air semburan beracun. cakap seperti orang hilang akal dan kurang waras, perjuangan memerlukan kebijaksanaan untuk melahirkan pemimpin yang terbilang. apakah nuar berahim mahu masuk ke dalam isa, jangan jawab dengan kebodohan kamu, jawab lah dengan kecerdikan. pemimpin yang bijak tidak akan masuk perangkap musuh dengan sewenangnya dan penyokong yang baik akan mencari jalan agar pemimpin yang disayangi tak ditangkap oleh musuh. benteng tubuh badan akan menjadi galang ganti. kenapa mencari benda yang susah padahal ada jalan yang terang dan lurus, begitu bodoh makluk yang bernama bawean dan greenboc. bercakap berlandaskan nafsu jahat semata mata.

Ulasan