umno selamanya jahat

hari ini dah hari yang akan mendatang dan hari hari yang sudah berlalu dipenuhi dengan segala macam isu yang sengaja dipermaikan dan dimuat naik oleh umno dan barisan nasional. agenda jahat umno jelas sekali terpancar dengan pelbagai isu. dan percayalah tiada satu pun isu isu yang dimainkan oleh umno jahanam adalah mengenai rakyat malaysia. sebutlah isu apa yang dimainkan, isu pasir di selangor, adakah melibatkan rakyat selangor jawapannya tidak kerana hanyalah kroni umno yang berkuasa menyedut dan mengorek pasir di selangor diwaktu umno bermaharajalela. isu penjaja dikomtar dimainkan hanyalah untuk permainan isu perkauman yang jelas dipancarkan oleh umno untuk merosakkan keharmonian waktu ini. setelah diberi penerangan oleh kerajaan negeri jelas sekali ianya adalah permainan umno dan tindakan mereka bukan untuk menolong peniaga hanyalah untuk mencari isu untuk digunakan untuk menyerang ketua menteri. begitu juga isu khutbah, umno juga yang membesarkan isu yang paling kerdil, bukan melibatkan rakyat hanya untuk mencari dan mengheret istana masuk dalam kejahatan mereka.

semua isu isu yang dicanang dan dimainkan oleh umno hanyalah untuk kepentingan peribadi mereka. mereka merasakan betapa azab dan sengsara sekarang kerana kesukaran mencari peluang peluang untuk menarah duit rakyat. duit tidak semudah seperti mana mereka berkuasa dulu. duit apa saja boleh dibalun hatta duit zakat untuk orang miskin digunakan dengan sewenang wenangnya. pembahagian zakat tidak telus dan mengandungi pelbagai keburukan sampaikan yang berhak menerima tak menerima dan yang tidak berhak menerima boleh menerima zakat dan termasuk dalam asnab yang ke lapan dan tak mustahil diwujudkan asnad yang kesembilan. untuk umno semua boleh dilakukan atas nama umno. umno boleh buat apa saja dimalaysia selagi berkuasa di putrajaya dan jika tiada kuasa di lima negeri umno akan menjadi gila babi sebagaimana gilanya umno sekarang. oleh kerana hilang sumber kewangan umno dan kroni menjadi mereng semerengnya.

kenapa umno terus memainkan isu isu yang tidak relevan dan jawapannya kerana umno sekarang baru ada masa untuk mencari dan kenal diri sendiri, baru ada masa melawat kawasan kampung yang sudah lama tak dijengah, baru kenal sejadah dan masjid. baru kenal yang mana qiblat yang mana mimbar. isu isu terpaksa dicari oleh umno untuk menampakkan bahawa mereka berusaha untuk rakyat. baru umno nampak ada lagi rakyat yang hidup papa kedana rumah seperti kandang kambing. baru sedar yang rakyat dah makin teruk akibat perbuatan mereka. baru nampak langit bahawa tidak selalunya cerah. baru kenal tangga surau dan baru tahu seksanya rakyat menanggung keazaban kenaikan harga barang. umno yang pencen baru sedar yang selama ini mereka menyeksa rakyat. banyak yang sudah membuatkan umno sedar diri selepas kehilangan kuasa. tapi jangan anggap umno akan menjadi baik kerana umno selamanya akan jahat.

roh perjuangan umno lama cuba ditiup kembali ke dalam organisasi umno yang sudah kebanyakkannya lumpuh akibat sudah lama tak dijalankan. banyak bilik gerakan umno yang menjadi gelanggang kambing tidur dah dibersihkan kembali kerana mereka tak mampu lagi membayar sewa hotel dan rumah tumpangan yang mewah akibat kehilangan kuasa dan pangkat dan yang lebih penting tiada lagi sumbangan wang kedalam tabung parti. betapa parahnya tabung umno yang bocor dan tidak mudah menampal kebocoran tabung umno. masa yang banyak dan terluang cuba diisi menjadi juara rakyat tapi mereka sudah terlambat kerana waktu yang berlalu tak mampu ditarik kembali. waktu mereka berkuasa suara rakyat tak didengar kerana mereka waktu itu terlampau sibuk mengira wang hasil rompakan kepada wang rakyat, membilang duit komisen daripada tandatangan mereka meluluskan projek. membina mahligai untuk menyusahkan rakyat untuk datang bertamu untuk mencurahkan masalah mereka kepada yb umno. duit tol tak payah nak dibayar cuba touch and go semua ditanggung oleh rakyat. duit pemberian kepada rakyat miskin dibaham dengan sewenangnya. inilah hinanya umno sekarang. bukan mudah bagi mereka untuk melalui saat sakit sekarang tanpa adanya wang. sakit mereka akan baik jika dapat wang.

Ulasan